Apa yang aku tulis ini tiada kaitan dengan filem dari seberang tau. Ya,memang aku suka sangat dengan cerita filem cinta itu. Tapi Ada apa dengan cinta aku ini lain dari filem itu. Cinta?kamu tahu apa itu cinta tapi sayang seribu kali sayang masih ramai yang tidak tahu apa itu cinta biarpun sudah berapa kali jatuh cinta. Pelik sungguh cinta zaman sekarang, masih ada yang tidak tahu erti cinta sebenar.
Maka tidak hairanlah cinta sekarang adalah cinta nafsu-nafsi yang konon-kononnya sanggup melakukan apa sahaja demi kekasih. Si perempuan sanggup menanggalkan pakaian,melepaskan maruah dan harga diri di mulut 'sang buaya' yang sentiasa tergangga.Memang bodoh!! Ya,aku sendiri mengaku tidak tahu erti sebenar apa itu cinta. Pada aku,cinta itu adalah kasih sayang, persahabatan, janji, ikatan, kesetiaan, kesungguhan, perkongsian, kebencian dan cemburu. Menurut kamus Dewan yang sempat aku selak,cinta adalah;
1.Perasaan atau berperasaan teramat sayang kepada,
2.Perasaan atau berperasaan sangat berahi,
3.Perasaan atau berperasaan dukacita dan
4.Perasaan atau berperasaan ingin akan sesuatu
Begitu luas sekali maksud cinta.
Di sini aku mahu membicarakan tentang cinta insan,antara lelaki dan perempuan. Setuju atau tidak, jika aku katakan lelaki adalah 'kaum' yang suka menyalah gunakan kata-kata cinta?? Apa yang aku katakan di sini berdasarkan pengajaran pengalaman dan kesilapan perhubungan. Mencintai seseorang bukan bermaksud kita memiliki si dia secara total. Kenapa?
Cintailah dia walaupun di pelosok mana dia berada, cintailah dia untuk tempoh mana pun walau jutaan tahun. Tetapi ingat segala-galanya sudah tersurat di azali bahawa dia. kekasihmu, belum tentu akan menjadi suami atau isteri kamu. Kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan segalanya. Tidak hairanlah pasangan pengantin yang hanya beberapa minit bakal menjadi suami isteri tiba-tiba tidak jadi disatukan,bukan.??
Cinta pada kaum lelaki umpama bahan permainan dan pakaian yang boleh ditukar ganti. Percayalah, di depan kamu lelaki mudah melafazkan cinta. Di belakang kamu juga si dia mudah melafazkan kata cinta dengan perempuan lain. Aku benci lelaki yang amat mudah jatuh cinta dengan ramai perempuan. Maaf,aku tahu bukan semua lelaki seperti itu.
Word yang selalu lelaki gunakan bila dah jatuh hati dengan perempuan lain;
"Jangan salahkan saya,saya tak tahu kenapa saya jatuh cinta lagi.Awak kena faham saya," dan "Maaf, saya hanya boleh jadi kawan awak saja. If ada jodoh tak kemana" Ala..selalu sangat dengar word camnie...agak-agak pernah dengar tak.?? Mahu sahaja aku maki dan marah tapi salah aku juga sebab bodoh jatuh hati pada orng yang seperti itu.Nak marah pun tak ada gunannya buat sakit hati saja.
Aku telah membuat keputusan pada masa yang sama. Dia harus aku lupakan walaupun rasa kecewa yang teramat sangat.
Aku tidak lagi hairan walau ramai orang mengatakan lelaki semakin pupus. Ke mana perginya lelaki? Oh!!Mereka banyak mendiami pusat-pusat serenti dan tidak sedikit yang sudah bertukar orentasi seksualitinya(bertukar ke lekaki lembut). Aku di sini masih tercari-cari cinta sejati dan aku meyakini pertolongan ALLAH yang Maha Adil.
Di sekeliling aku,banyak pasangan kekasih yang kecundang di alam percintaan walau sudah bertahun menyemai cinta. Kadang-kala aku terfikir untuk meminggirkan cinta dan tidak mahu bercinta. Ibu selalu mendesak mahu tahu siapa buah hati aku. Hingga kini aku masih solo hinggakan ramai yang mengatakan aku menipu, sebabnya tidak puas hati dengan jawapan 'standard', "tak ada boyfriend la". Si sepupu pula bermatian-matian payah menerima kebenaran ini. Paling parah apabila kawan memaksa aku bersumpah untuk membuktikan yang aku betul-betul tak ada boyfriend.Pelik-pelik!!pening aku!
Terdetik di kotak fikiran aku kadangkala, perlukah bercinta sebelum berumah tangga?perlukah? Aku dilahirkan ke dunia ini hasil percintaan ibu dan ayah. Aku adalah lambang cinta mereka. Jauh di hati, masih ada sekelumit rasa mahu mencintai dan dicintai. Andai tiada cinta sejati dan jodoh, aku redha dan berazam akan terus menjadi manusia yang waras dan rasional. Selesaikan dahulu cita-cita dan impian aku yang belum terlaksana...