CLicK IkLaN DiSiNi SanGaT BeSt..!!

Followers

Friday, October 30, 2009

PeRsAhAbAtAn LeBiH bErHaRgA dArI sEbUaH pErCiNtAaN..



Satu hari Cinta dan Sahabat berjalan dalam sebuah desa di daerah pegunungan
Tiba-tiba Cinta terperosok ke dalam jurang yang dibawahnya ada telaganya. Bagaimana boleh berlaku? Jawabnya kerana Cinta itu buta…

Lalu Sahabat pun ikut terjun dalam telaga… Kenapa?? Kerana…Sahabat akan melakukan apa saja demi Cinta !!! Dan di dalam telaga Cinta hilang… Kenapa?
Kerana… Cinta itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari pabila di dalam telaga yang gelap… Sedangkan Sahabat masih mencari-cari dimana Cinta berada dan Sahabat rela untuk terus menunggu.. Kenapa? Kerana … Sahabat itu sejati dan akan kekal sebagai Sahabat yang setia… Oleh sebab itu, hargailah Sahabat kita …

Walau kita sudah mempunyai pasangan , Sahabat kita tetap setia bersama kita susah dan senang. Walau kita punya harta yang banyak tapi Sahabat lebih berharga dari harta kekayaan yang kita ada itu.

Oleh sebab itu beritahu lah pada Sahabatmu sekarang bahwa engkau sangat berarti bagiku, dan kau adalah Sahabat terbaiku ,takkan ada yang dapat menghancurkan kisah kita…kau dan aku selamanya…Sahabatku..

Bookmark and Share



glitter-graphics.com

AdA aPa DeNgAn CiNtA..??




Apa yang aku tulis ini tiada kaitan dengan filem dari seberang tau. Ya,memang aku suka sangat dengan cerita filem cinta itu. Tapi Ada apa dengan cinta aku ini lain dari filem itu. Cinta?kamu tahu apa itu cinta tapi sayang seribu kali sayang masih ramai yang tidak tahu apa itu cinta biarpun sudah berapa kali jatuh cinta. Pelik sungguh cinta zaman sekarang, masih ada yang tidak tahu erti cinta sebenar.

Maka tidak hairanlah cinta sekarang adalah cinta nafsu-nafsi yang konon-kononnya sanggup melakukan apa sahaja demi kekasih. Si perempuan sanggup menanggalkan pakaian,melepaskan maruah dan harga diri di mulut 'sang buaya' yang sentiasa tergangga.Memang bodoh!! Ya,aku sendiri mengaku tidak tahu erti sebenar apa itu cinta. Pada aku,cinta itu adalah kasih sayang, persahabatan, janji, ikatan, kesetiaan, kesungguhan, perkongsian, kebencian dan cemburu. Menurut kamus Dewan yang sempat aku selak,cinta adalah;

1.Perasaan atau berperasaan teramat sayang kepada,
2.Perasaan atau berperasaan sangat berahi,
3.Perasaan atau berperasaan dukacita dan
4.Perasaan atau berperasaan ingin akan sesuatu

Begitu luas sekali maksud cinta.

Di sini aku mahu membicarakan tentang cinta insan,antara lelaki dan perempuan. Setuju atau tidak, jika aku katakan lelaki adalah 'kaum' yang suka menyalah gunakan kata-kata cinta?? Apa yang aku katakan di sini berdasarkan pengajaran pengalaman dan kesilapan perhubungan. Mencintai seseorang bukan bermaksud kita memiliki si dia secara total. Kenapa?

Cintailah dia walaupun di pelosok mana dia berada, cintailah dia untuk tempoh mana pun walau jutaan tahun. Tetapi ingat segala-galanya sudah tersurat di azali bahawa dia. kekasihmu, belum tentu akan menjadi suami atau isteri kamu. Kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan segalanya. Tidak hairanlah pasangan pengantin yang hanya beberapa minit bakal menjadi suami isteri tiba-tiba tidak jadi disatukan,bukan.??

Cinta pada kaum lelaki umpama bahan permainan dan pakaian yang boleh ditukar ganti. Percayalah, di depan kamu lelaki mudah melafazkan cinta. Di belakang kamu juga si dia mudah melafazkan kata cinta dengan perempuan lain. Aku benci lelaki yang amat mudah jatuh cinta dengan ramai perempuan. Maaf,aku tahu bukan semua lelaki seperti itu.

Word yang selalu lelaki gunakan bila dah jatuh hati dengan perempuan lain;

"Jangan salahkan saya,saya tak tahu kenapa saya jatuh cinta lagi.Awak kena faham saya," dan "Maaf, saya hanya boleh jadi kawan awak saja. If ada jodoh tak kemana" Ala..selalu sangat dengar word camnie...agak-agak pernah dengar tak.?? Mahu sahaja aku maki dan marah tapi salah aku juga sebab bodoh jatuh hati pada orng yang seperti itu.Nak marah pun tak ada gunannya buat sakit hati saja.

Aku telah membuat keputusan pada masa yang sama. Dia harus aku lupakan walaupun rasa kecewa yang teramat sangat.

Aku tidak lagi hairan walau ramai orang mengatakan lelaki semakin pupus. Ke mana perginya lelaki? Oh!!Mereka banyak mendiami pusat-pusat serenti dan tidak sedikit yang sudah bertukar orentasi seksualitinya(bertukar ke lekaki lembut). Aku di sini masih tercari-cari cinta sejati dan aku meyakini pertolongan ALLAH yang Maha Adil.

Di sekeliling aku,banyak pasangan kekasih yang kecundang di alam percintaan walau sudah bertahun menyemai cinta. Kadang-kala aku terfikir untuk meminggirkan cinta dan tidak mahu bercinta. Ibu selalu mendesak mahu tahu siapa buah hati aku. Hingga kini aku masih solo hinggakan ramai yang mengatakan aku menipu, sebabnya tidak puas hati dengan jawapan 'standard', "tak ada boyfriend la". Si sepupu pula bermatian-matian payah menerima kebenaran ini. Paling parah apabila kawan memaksa aku bersumpah untuk membuktikan yang aku betul-betul tak ada boyfriend.Pelik-pelik!!pening aku!

Terdetik di kotak fikiran aku kadangkala, perlukah bercinta sebelum berumah tangga?perlukah? Aku dilahirkan ke dunia ini hasil percintaan ibu dan ayah. Aku adalah lambang cinta mereka. Jauh di hati, masih ada sekelumit rasa mahu mencintai dan dicintai. Andai tiada cinta sejati dan jodoh, aku redha dan berazam akan terus menjadi manusia yang waras dan rasional. Selesaikan dahulu cita-cita dan impian aku yang belum terlaksana...
Bookmark and Share

Wednesday, October 28, 2009

SiNar KeBaHaGiAaN...

Matahari telah menampakkan sinarnya,manusia sudah berjaga dari tidur mereka untuk meneruskan kehidupan pada hari ini begitu juga untuk hari-hari yang seterusnya.Aku tidak terkecuali,bersiap-sedia untuk ke kolej menimba ilmu di dada untuk masa depanku.

Aku menuju ke destinasi yang ingin aku tuju dengan menaiki kenderaan awam pada hari ini kerana kebiasaanya ayah yang mengahantar aku ke kolej.Sebelum ke kolej,aku singgah dulu di Jalan TAR,jalan masjid india untuk mencari barang.

Sewaktu aku sedang leka memandang sekeliling,mata aku tertuju pada seorang anak kecil berumur sekitar tiga tahun yang menemani ayahnya yang kurang upaya(cacat pada kedua-dua belah kaki) menjaja untuk mencari sesuap nasi.Melihatkan keadaan ayah dan anak itu membuat hati aku tersentuh dan menaggis di dalam hati.Sungguh keadaan mereka membuatkan jiwa aku tersentuh.

Si ayah tidak menggunakan kecacatan yang dia hadapi sebagai batu penghalang dia untuk mencari rezeki yang halal buat dia sekeluarga.Dengan ketidakupayaannya aku melihat dia berjalan menggunakan kedua-dua belah tangannya sambil menolak gerobak kecil kerana si ayah kudung kedua-dua belah kaki sehingga paras peha dan si anak menuruti sahaja ayahnya dengan wajah yang sayu.Ya Allah sungguh pilu hati aku ini melihatkan keadaan mereka.

"Ya ALLAH berikanlah sinar kegembiraan dan kebahagiaan kepada mereka seperti mana Engkau menyinari bumi ciptaan MU ini YA ALLAH"

Mereka menghampiri aku,si ayah menyapa aku "dik beli dik?" aku melihat barang yang di jual seperti makanan ringan.Akhirnya aku mengambil keputusan untuk membeli coklat dengan harga yang agak mahal juga berbanding di kedai runcit dan 7eleven.Si ayah tersenyum gembira pabila aku ingin membeli barang niagaannya.Walaupun harga coklat itu agak mahal tapi aku tidak kisah,anggap sahaja dengan niat bersedekah.

Aku tabik dengan si ayah yang berhati waja dan tabah menghadapi dugaan hidup dalam keadaan seperti itu.Dia tidak menggunakan kecacatannya sebagai alasan untuk mengharapkan dari orang lain dan tidak berkerja.Dari situ aku mendapatkan pengajaran yang berguna iaitu janganlah mengharapkan bantuan dan ihsan dari orang selagi kita mampu untuk melakukannya.Tabah dan sabarlah menghadapi dugaan yang telah direncanakan oleh MAHA PENCIPTA kita ALLAH s.w.t.
Bookmark and Share

Saturday, October 24, 2009

Luahan rasa buat sahabat ku..!!



Tidak ku tahu perasaan apakah yang terbit dihatiku ini?Terasa perit memendam perasaan ini?Sukar untuk aku ungkapkan perasaan yang melanda hati ini!!ya..aku tahu apakah perasaan ini..!!perasaan seorang sahabat merindukan sahabatnya.Ya perasaan rindu!!rindu pada seseorang yang telah pergi dan hilang entah ke mana..??Sungguh perit rasanya!!

Wahai sahabat,tidakkah kita boleh seperti sedia kala??berteman dan saling memerlukan antara satu sama lain. Aku rindukan sahabat yang dulunya sentiasa ada bila aku bersedih,sentiasa menjadi peneman ku di waktu aku kesunyian.Dimanakah engkau menghilang wahai sahabat??Aku merindukan mu.!!Aku tidak mengharapkan apa-apa dari mu,yang aku harapkan hanyalah persahabatan yang kita telah jalinkan sebelum ini. Hanya itu yang aku pinta!

Sukar untuk aku temui persahabatan yang tulus yang tidak mengharapkan apa-apa imbalan!Aku amat menghargai persahabatan yang telah terjalin diantara kita.Tapi aku sudah kehilangan mu!ke manakah engkau menghilang.?? Aku menyayangi mu wahai sahabat!Aku betul-betul merasa seperti kehilangan mu.Tidakkah engkau merasakan seperti yang aku rasakan??mungkin tidak.!!hanya aku seorang yang merasakannya!

Cukuplah perasaan kecewa yang telah engkau berikan pada ku.Mungkin engkau sudah menemui kawan yang lebih baik dari ku?atau engkau tidak ikhlas bersahabat dengan ku?kerana engkau mengharapkan sesuatu,tapi bila engkau tidak dapat apa yang diharapkan engkau pergi meninggalkan aku.Tapi itu hanya andaian dari ku.

Bersahabat tidak pandang pada paras rupa,harta mahupu pangkat tp ianya terbit dari hati yang ikhlas untuk bersahabat. BAgi aku berteman bukan untuk sementara tapi untuk sepanjang hayat ku!Bagi aku persahabatan itu mat bernilai dan mahal harganya daripada intan permata..
Tapi mungkin engkau bukan permata itu kerana engkau tidak menghargai nilai sebuah persahabatan itu!

Sukar untuk menemui sahabat sejati..Sahabat yang mengasihi sahabatnya tanpa balasan!!Aku menyayangi diri mu sebagai seorang sahabat dan perasaan ini akan kekal selamanya.!!Tapi kini aku kehilangan diri mu...Tiada lagi terdengar suara mu...Tiada lagi membaca SMS dari mu..Dan entah bila pula kita dapat bersua muka..hmm..

Aku berdoa semoga kau bahagia dimanapun kau berada.Aku hanya ingin kau tahu bahawa aku menyayangi mu dan engkau tetap akan menjadi sahabat di hatiku walaupun engkau sudah tiada lagi menemani ku..!

"Ya ALLAH berikanlah hambamu ini kekuatan dan kesabaran dalam menempuh kesedihan yang aku rasakan ini...Ya ALLAH Ya Tuhanku..Janganlah Engkau hindarkan dirinya dari ku dan kekalkanlah dan eratkanlah ukhwah silaturahim antara kami..Binalah persahabatan yang terjalin ini di atas jalanMu Ya ALLAH..dan kembalikanlah dia untuk menjadi sahabatku Ya ALLAH.."


Sahabat..
mengapa kau pergi..??
Tinggal aku sendiri..
Kau tahu ku tak sanggup..

sahabat..
Ingatlah kau selalu..
Jadi yang terbaik..
Walau kau tak disini lagi..

Sahabat..
aku rindu pada mu..
datang walau sesaat..
Ku inginkan kau hadir..
Aku...disini dan menunggu..
diam tanpa dirimu..

kau tahu ku tak bisa..
beranjak terbang dan melayang..
Tanpa dirimu ku tak bisa dan kembali lah..

buat mu..
disini dan menunggu..
diam tanpa dirimu..

kau tahu ku tak bisa..
beranjak terbang dan melayang..
Tanpa dirimu ku tak bisa dan kembali lah..

buat ku..
disini dan menunggu..
diam tanpa dirimu..

kau tahu ku tak bisa..
beranjak terbang dan melayang..
tanpa dirimu ku tak bisa dan kembali lah..

Thursday, October 22, 2009

Hanya mahu kau tahu..



Ku telah miliki rasa indahnya perihku..

rasa hancurnya harapku kau lepas cintaku..

rasakan abadi sekalipun kau mengerti..

sekalipun kau pahami ku pikirku salah mengertimu..


OoOoo..Aku hanya ingin kau tahu..

besarnya cintaku..

tingginya khayalku bersamamu..

tuk lalui waktu yang tersisa ini..

di setiap hari ku di sisa akhir nafasku..OoOoo


Walaupun semua hanya ada dalam mimpiku..

hanya ada dalam anggan ku..

melewati hidup ku..

Rasakan abadi sekalipun kau mengerti..

sekalipun kau pahami ku pikir ku salah mengertimu..


OoOoo..Aku hanya ingin kau tahu..

besarnya cintaku..

tingginya khayalku bersamamu..

tuk lalui waktu yang tersisa ini..

di setiap hari ku di sisa akhir nafasku..OoOoo


Lagu yang sungguh bermakna bagi yun..
lagu ini membuatkan yun teringgatkan pada seseorang..hmm..=(





Wednesday, October 21, 2009

kenangan ku..




kisah nie dah lama sebenarnya..dalam pertengahan April tahun nie la..
just nak mengimbau kembali dan nak dijadikan kenangan di blog yun nie..=)

Dalam story nie yun nak perkenalkan seseorang..nama dia ayu..Even baru pertama kali bersua muka dgn ayu tp yun rasakan mcm dah kenal lama dgn ayu..=)
terus akrab bagaikan kawan rapat..ayu lah org yg x sabar yun nak jumpa pada hari itu..coz selama perkenalan kami just bersua di internet je..Ayu nie adik angkat kepada Akim,Akim yg kenalkan yun dgn ayu..thanx Akim..=)

Time pergi ke rumah ayu,yun dapat lg seorang kawan yg sangat cute..hehe.nama dia rosalea..lea nie adik angkat kpd ayu,sebaya dgn yun jd terjalinlah sebuah ikatan silaturahim..=)

Rindu sangat2 nak jumpa dgn dorang lg..huhu.Hope sangat pasnie bleh jumpa dgn dorang..insyaAllah if dipanjangkan umur..Amminnn..!!

Di sini yun nak share beberapa photo time yun pergi ke rumah ayu dgn akim n lea bulan April aritu..

Location : rumah ayu di ipoh,perak
date : 25 April 2009


kami yg sengal..!!haha
sume bajet cute..haha
hmm..sebenarnya byk lagi photo yg yun nak share..
tapi x bleh nak upload lak kat blog nie..huhu..
ada masalah cikit..xpe lain hari yun try upload lg..


Jangan terlalu mencari kesempurnaa..!!

Saya ada terbaca satu journal yang best dari blog seseorang..journal tersebut membawa satu kesedaran bagi saya..membuatkan saya meyedari akan kesilapan yang telah saya lakukan..rasa sesal sekarang x ada gunanya lagi..hmm..=( Hargailah orang yang menyayangi kita selagi dia di sisi kita..Kadangkala kamu x menghrgai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi..Inilah pengajaran yang saya terima..


Kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu. Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja. Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup. Begitulah juga, Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang. Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja. Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu.

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak. tentu sukar untuk kamu menambalnya semula. Akhirnya ia dibuang. Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi. Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. MENGASIHIMU. Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lainKamu juga yang akan MENYESAL...





Bookmark and Share

Orang baru..hehe

HAri nie hari pertama sy buat blog...hehe
dah lama sebenarnya nak buat tapi asyik tertunda jew..kesibukkan dan ketiadaan idea adalah sebab nape la baru sekarang nak buat blog..??sebab sy pemalas...hehe
Nie pon sebab busan tak tau nak buat apa..??hehe..so try la buat blog...

Ok..!!terlebih dahulu sy perkenalkan diri dulu..
saya bernama Yuni Aisyah so boleh la panggil sy dgn nama panggilan yun jew..hehe.berusia 21 tahun,terasa semakin tua la pulak...=)..still belaja lg di SEGI University College,campus kl jln hang lekiu..if lalu usya2 la yun..haha.study dalam jurusan akaun dan last sekali menetap di KL,gombak.Alamat di rahsiakan..hikhik..

Setakat ini sahaja la yun perkenalkan diri yun..yg selebihnya bila-bila dan lain hari insyaAllah..hehe.Hari ini bermula la hari yun membuat blog dan berkongsi cerita dan kisah suka dan duka dalam hidup yun..dan tidak ketinggalan juga info-info yang menarik..insyaAllah..=)

Maaf la if penulisan yun kat blog nie entah pape..hehe

Maaf la if penulisan yun kat blog nie entah pape..hehe





CLiCK iKLaN DiSiNi SaNgAt BeSt..!!

Chat Zone

...My melody...


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

...Visitor...

...Since 14 March 2010... free counters