CLicK IkLaN DiSiNi SanGaT BeSt..!!

Followers

Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Friday, February 26, 2010

selamat menyambut "MAULIDUR RASUL 12 RABIULAWWAL 1431 HIJRAH"



Lahirnya seorang wira yang kita sanjungi lah bukan seorang bintang, artist atau actress yang dunia sekarang tergila-gilai malah seorang penbawa pentunjuk kepada umat-umatnya manusia yang diakhir zaman iaitu sekarang!~

Biodata Nabi Muhammad S.A.W Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya.


Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT?Justeru itu kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.


BIODATA RASULULLAH SAW:-

Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.·

Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).·

Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.·

Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.·

Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.·

Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).·

Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).·

Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 63 TAHUN· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.
Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحبه وسلم

Nabi Muhammad SAW - Manusia agong
KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W.SECARA LAHIRIAH DAN CONTOHILAH SIFAT_SIFAT MULIA YANG ADA PADA BAGINDA.













Sunday, January 10, 2010

BeRkaYuhLaH mEnUjU KeJaYaAn..

Sudah banyak yang aku baca berkenaan aktor dan aktres terkenal, tentang lelaki dan perempuan penghibur, tentang mereka yang suka hidup berpura-pura, sama ada yang masih hidup atau yang sudah mati. Mereka hanya mengejar kekayaan dan glamor semata-mata. Lantas aku berkata kepada diri sendiri,"Mengapa mereka sebodoh itu?"

Mengapa umur yang singkat dan terbatas ini akan kita habiskan dengan kegiatan yang sia-sia dan tidak berfaedah bahkan ia akan mengheret kita kepada kehampaan dan maksiat. Adakah kita mempunyai umur yang lain? Adakah kita mempunyai perjanjian dengan Allah bahawa kita tidak akan mati.?? Demi Allah, ini mustahil!!

Marilah kita berkayuh bersama-sama menuju kejayaan. Jadi kita perlu berhati-hati, perbaikilah cara hidup kita, luruskan segala hal yang salah, bergabunglah bersama kafilah yang benar dan naiklah ke dalam kapal keselamatan.

Friday, December 18, 2009

SaLaM Ma'aL HiJrAh..

Tetapkan niat kita untuk berhijrah kepada yang lebih baik dan sesungguhnya hijrah menuju Allah dan rasulNya membawa kepada kejayaan yang hakiki....GENERASI muda Islam perlu dilengkapi dengan ilmu dunia dan akhirat untuk menjadi insan cemerlang. Jadikan sejarah penghijrahan, perjuangan Rasulullah sebagai pencetus kejayaan.

Salam Maal Hijrah buat semua~

Saturday, November 14, 2009

WaHai WaNiTa...

Wanita muslimah tidak boleh mencontohi perilaku atau penampilan wanita-wanita kafir dan fasik, atau menyerupai kaum lelaki. Dalam hadis diriwayatkan: "Allah melaknat kaum lelaki yang berpakaian menyerupai wanita, dan kaum wanita yang berpakaian menyerupai lelaki."

Janganlah sekali-kali melakukan sesuatu yang menyebabkan kemurkaan Allah s.w.t. Jauhilah apa yang dilarang dalam hadis-haids Nabi s.a.w. Antara lain seperti menyerupai lelaki, berduaan dengan lelaki yang bukan muhrim, berpergian bersama lelaki yang bukan muhrim, membuang rasa malu, melepaskan jilbab dan melupakan Allah.

Perkara-perkara seperti itu merupakan sebahagian dari perbuatan tercela yang membuat hati menjadi beku, dada menjadi sempit dan kegelapan di dunia dan akhirat. Bagaimanapun, hal inilah yang sering berlaku dikalangan wanita-wanita muslimat hari ini, kecuali mereka yang dekat dengan pemeliharaan Allah. Jadi renungkanlah...

Berfikirlah secara fositif nescaya anda akan menjadi wanita yang cantik..

Oh Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa dan kesalahan kami dalam mengambil sikap terhadap sesuatu..
Bookmark and Share
CLiCK iKLaN DiSiNi SaNgAt BeSt..!!

Chat Zone

...My melody...


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

...Visitor...

...Since 14 March 2010... free counters