CLicK IkLaN DiSiNi SanGaT BeSt..!!

Followers

Showing posts with label Luahan hati. Show all posts
Showing posts with label Luahan hati. Show all posts

Friday, November 6, 2009

JiWa KaCaU...!!


hmm..pernahkah kamu merasa perasaan rindukan seseorang.?? Setiap hari hanya wajah dia yang terbayang di kotak fikiran. Entah kenapa dia yang aku selalu fikirkan. Adakah ini yang dinamakan cinta?? susah untuk aku mengertikan perasaan ini. Adakah dia merindukan aku seperti mana aku merindukan dirinya.?? Arghh...aku hanya bertepuk sebelah tangan. Sungguh pedih rasanya apabila hanya kita yang mencintai. Kenapalah engkau yang aku selalu fikirkan.??

Aku tidak rela membuang bayang-bayang wajah mu dari fikiran aku, dan aku juga tidak mahu membuang rasa cinta yang telah hadir ini dari hatiku. Walau aku terluka dan kecewa tapi biarlah aku mencintaimu hanya didalam hatiku. kadang aku benci dengan perasaan ini dan menyalahkan diri sendiri "kenapalah aku bodoh sebab menyukai orang yang tidak menyukai aku" rasa seperti orang bodoh. Tapi aku tahu perasaan ini adalah anugerah dari yang Maha Pencipta iatu ALLAh s.w.t. Jadi tidak wajar untuk aku salahkan diri sendiri.

Orang kata aku bodoh dan buta dengan cinta ini?? kerana cinta yang hanya membuat aku berduka dan bersedih. Tapi bagaimana mungkin aku boleh membuang perasaan yang telah hadir ini dengan begitu sahaja. Tidak mungkin!! Biarlah perasaan ini mengalir seperti air hujan yang lebat kerana air hujan yang lebat itu akan berhenti juga dan aku pasti perasaan aku ini akan berhenti juga pada akhirnya..

I'm going to smile like nothing wrong, talk like everythings perfect, act like it's all a dream, and pretend it's not hurting me...
Bookmark and Share


glitter-graphics.com

Wednesday, October 28, 2009

SiNar KeBaHaGiAaN...

Matahari telah menampakkan sinarnya,manusia sudah berjaga dari tidur mereka untuk meneruskan kehidupan pada hari ini begitu juga untuk hari-hari yang seterusnya.Aku tidak terkecuali,bersiap-sedia untuk ke kolej menimba ilmu di dada untuk masa depanku.

Aku menuju ke destinasi yang ingin aku tuju dengan menaiki kenderaan awam pada hari ini kerana kebiasaanya ayah yang mengahantar aku ke kolej.Sebelum ke kolej,aku singgah dulu di Jalan TAR,jalan masjid india untuk mencari barang.

Sewaktu aku sedang leka memandang sekeliling,mata aku tertuju pada seorang anak kecil berumur sekitar tiga tahun yang menemani ayahnya yang kurang upaya(cacat pada kedua-dua belah kaki) menjaja untuk mencari sesuap nasi.Melihatkan keadaan ayah dan anak itu membuat hati aku tersentuh dan menaggis di dalam hati.Sungguh keadaan mereka membuatkan jiwa aku tersentuh.

Si ayah tidak menggunakan kecacatan yang dia hadapi sebagai batu penghalang dia untuk mencari rezeki yang halal buat dia sekeluarga.Dengan ketidakupayaannya aku melihat dia berjalan menggunakan kedua-dua belah tangannya sambil menolak gerobak kecil kerana si ayah kudung kedua-dua belah kaki sehingga paras peha dan si anak menuruti sahaja ayahnya dengan wajah yang sayu.Ya Allah sungguh pilu hati aku ini melihatkan keadaan mereka.

"Ya ALLAH berikanlah sinar kegembiraan dan kebahagiaan kepada mereka seperti mana Engkau menyinari bumi ciptaan MU ini YA ALLAH"

Mereka menghampiri aku,si ayah menyapa aku "dik beli dik?" aku melihat barang yang di jual seperti makanan ringan.Akhirnya aku mengambil keputusan untuk membeli coklat dengan harga yang agak mahal juga berbanding di kedai runcit dan 7eleven.Si ayah tersenyum gembira pabila aku ingin membeli barang niagaannya.Walaupun harga coklat itu agak mahal tapi aku tidak kisah,anggap sahaja dengan niat bersedekah.

Aku tabik dengan si ayah yang berhati waja dan tabah menghadapi dugaan hidup dalam keadaan seperti itu.Dia tidak menggunakan kecacatannya sebagai alasan untuk mengharapkan dari orang lain dan tidak berkerja.Dari situ aku mendapatkan pengajaran yang berguna iaitu janganlah mengharapkan bantuan dan ihsan dari orang selagi kita mampu untuk melakukannya.Tabah dan sabarlah menghadapi dugaan yang telah direncanakan oleh MAHA PENCIPTA kita ALLAH s.w.t.
Bookmark and Share

Saturday, October 24, 2009

Luahan rasa buat sahabat ku..!!



Tidak ku tahu perasaan apakah yang terbit dihatiku ini?Terasa perit memendam perasaan ini?Sukar untuk aku ungkapkan perasaan yang melanda hati ini!!ya..aku tahu apakah perasaan ini..!!perasaan seorang sahabat merindukan sahabatnya.Ya perasaan rindu!!rindu pada seseorang yang telah pergi dan hilang entah ke mana..??Sungguh perit rasanya!!

Wahai sahabat,tidakkah kita boleh seperti sedia kala??berteman dan saling memerlukan antara satu sama lain. Aku rindukan sahabat yang dulunya sentiasa ada bila aku bersedih,sentiasa menjadi peneman ku di waktu aku kesunyian.Dimanakah engkau menghilang wahai sahabat??Aku merindukan mu.!!Aku tidak mengharapkan apa-apa dari mu,yang aku harapkan hanyalah persahabatan yang kita telah jalinkan sebelum ini. Hanya itu yang aku pinta!

Sukar untuk aku temui persahabatan yang tulus yang tidak mengharapkan apa-apa imbalan!Aku amat menghargai persahabatan yang telah terjalin diantara kita.Tapi aku sudah kehilangan mu!ke manakah engkau menghilang.?? Aku menyayangi mu wahai sahabat!Aku betul-betul merasa seperti kehilangan mu.Tidakkah engkau merasakan seperti yang aku rasakan??mungkin tidak.!!hanya aku seorang yang merasakannya!

Cukuplah perasaan kecewa yang telah engkau berikan pada ku.Mungkin engkau sudah menemui kawan yang lebih baik dari ku?atau engkau tidak ikhlas bersahabat dengan ku?kerana engkau mengharapkan sesuatu,tapi bila engkau tidak dapat apa yang diharapkan engkau pergi meninggalkan aku.Tapi itu hanya andaian dari ku.

Bersahabat tidak pandang pada paras rupa,harta mahupu pangkat tp ianya terbit dari hati yang ikhlas untuk bersahabat. BAgi aku berteman bukan untuk sementara tapi untuk sepanjang hayat ku!Bagi aku persahabatan itu mat bernilai dan mahal harganya daripada intan permata..
Tapi mungkin engkau bukan permata itu kerana engkau tidak menghargai nilai sebuah persahabatan itu!

Sukar untuk menemui sahabat sejati..Sahabat yang mengasihi sahabatnya tanpa balasan!!Aku menyayangi diri mu sebagai seorang sahabat dan perasaan ini akan kekal selamanya.!!Tapi kini aku kehilangan diri mu...Tiada lagi terdengar suara mu...Tiada lagi membaca SMS dari mu..Dan entah bila pula kita dapat bersua muka..hmm..

Aku berdoa semoga kau bahagia dimanapun kau berada.Aku hanya ingin kau tahu bahawa aku menyayangi mu dan engkau tetap akan menjadi sahabat di hatiku walaupun engkau sudah tiada lagi menemani ku..!

"Ya ALLAH berikanlah hambamu ini kekuatan dan kesabaran dalam menempuh kesedihan yang aku rasakan ini...Ya ALLAH Ya Tuhanku..Janganlah Engkau hindarkan dirinya dari ku dan kekalkanlah dan eratkanlah ukhwah silaturahim antara kami..Binalah persahabatan yang terjalin ini di atas jalanMu Ya ALLAH..dan kembalikanlah dia untuk menjadi sahabatku Ya ALLAH.."


Sahabat..
mengapa kau pergi..??
Tinggal aku sendiri..
Kau tahu ku tak sanggup..

sahabat..
Ingatlah kau selalu..
Jadi yang terbaik..
Walau kau tak disini lagi..

Sahabat..
aku rindu pada mu..
datang walau sesaat..
Ku inginkan kau hadir..
Aku...disini dan menunggu..
diam tanpa dirimu..

kau tahu ku tak bisa..
beranjak terbang dan melayang..
Tanpa dirimu ku tak bisa dan kembali lah..

buat mu..
disini dan menunggu..
diam tanpa dirimu..

kau tahu ku tak bisa..
beranjak terbang dan melayang..
Tanpa dirimu ku tak bisa dan kembali lah..

buat ku..
disini dan menunggu..
diam tanpa dirimu..

kau tahu ku tak bisa..
beranjak terbang dan melayang..
tanpa dirimu ku tak bisa dan kembali lah..

CLiCK iKLaN DiSiNi SaNgAt BeSt..!!

Chat Zone

...My melody...


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

...Visitor...

...Since 14 March 2010... free counters