CLicK IkLaN DiSiNi SanGaT BeSt..!!

Followers

Showing posts with label My Story. Show all posts
Showing posts with label My Story. Show all posts

Tuesday, March 9, 2010

yeye...exam dah abes..=)




Hahaha..cam budak-budak je aku nie..=P..Pape pon Alhamdulillah selesai gak akhirnya exam untk sem 6 nie..lega rasanya paper yg susah2 dah lepas. Exam dah selesai, sekarang nie keputusan yang menentukan segalanya. Harap sangat2 semua paper lulus dengan baik. 15hb nie da mula masuk sem baru, tak sabar rasanya nak cepat-cepat habis study..hehe..

Exam pon dah selesai, ada masa dalam seminggu je nie untuk aku berehat sebelum mula sem baru. Tak tau la nak buat apa cuti nie.??huhu..Nak kuar dengan kawan semuanya sibuk je manjang..hmm..sedih je cam xde kawan..huhu..Tak kisah la,aku boleh habiskan cuti nie dengan menghadap pc dan rehat puas kat rumah lagi best..hehe



Wednesday, February 24, 2010

Exam nak dekat...huhu

Waktu peperiksaan semakin menghampiri aku..Gerun..!!dah la paper sem nie semuanya susah-susah..huhu..Jadi aku kena kurangkan aktiviti berblog dan menghilang diri buat seketika ..mood study nak exam nie..hehe..kawan-kawan wish me luck..k..^_*..Doa korang amat aku perlukan..=P





Sunday, February 14, 2010

Kisah disebalik Valentine's day.

Hari dah lewat malam, tapi mata aku ni tak juga boleh lelap. Jadi berkesempatan juga la aku buka blog dan tergerak hati nak tulis sesuatu kat ruangan ni.


Hari ni hari apa.?? siapa tahu angkat tangan.hehe. Hari ni hari ahad la..haha..Buat lawak lak aku ni. Kaum cina di negara kita pasti sedang sibuk merayakan sambutan Tahun Baru Cina. Gong Xi Fa Cai buat kaum Cina di Malaysia. Ada lagi satu sambutan pada hari ini yang pasti disambut pada 14 Februari setiap tahun. Hari yang ditunggu-tunggu oleh pasangan kekasih di seluruh dunia iaitu 'valentine day'.


Sekadar gambar hiasan. Bukan aku nak wish valentine.huhu


Apabila tibanya 14 Februari pasti pasangan bercinta mulalah sibuk mencari hadiah dan merancang aktiviti untuk mereka raikan bersama. Kononya hendak meraikan hari kekasih dan menzahirkan perasaan cinta mereka pada orang yang dicintai. Tak kan la masa VALENTINE je nak zahirkan perasaan.?




Tak kan la masa VALENTINE je nak zahirkan perasaan.huhu


Korang tahu ke VALENTINE tu apa?? Tahu ke disebalik kisah 'VALENTINE'S DAY' ni?? Setahu aku VALENTINE adalah nama seorang paderi, Pedro St. Valentino. 14 Februari tu sebenarnya hari kejatuhan kerajaan islam sepanyol. Paderi ni isytiharkan hari tu sebagai hari 'kasih sayang' sebab bagi dia pada Islam adalah ZALIM. Tumbangnya kerajaan islam sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. lagi pulak , paderi ni telah dijatuhkan hukuman mati disebabkan dia menentang penguasa Romawi masa tu. Jadi pengikut-pengikut paderi ni buat la hari mmperingati dia yang digelar VALENTINE DAY sebagai tanda kasih mereka pada paderi ni.

Jadi kenapa la korang sibuk-sibuk nak sambut valentine ni.? Padahal terang-terang sambutan orang mati dan sambutan hari VALENTINE yang mereka cipta adalah sebagai tanda kegembiraan mereka melihat kejatuhan orang ISLAM. Sukanya korang sambut hari VALENTINE seperti  korang meraikan kejatuhan ISLAM. MASYAALLAH..!!

Valentine bukanlah budaya orang islam, dan bukan juga resam orang melayu atau budaya lain di negara kita. Tetapi semua sibuk dan terikut-ikut nak menyambutnya tanpa memikirkan implikasinya. Kenapa perlu mengikut budaya orang kafir yang boleh menyimpangkan akidah kita sebagai umat Islam.

JAdi renung-renungkanlah..


Monday, February 8, 2010

Kehidupan seorang 'aku'.

Hahaha..geli lak baca tajuk entry aku ni. Bunyi macam bagus je, apa-apa pun hentam saje la.hehe

Dah lama aku tak update blog..bukan tak ada cerita nak share tapi agak sibuk dan penat. Jadi kalau dah penat tu timbul lah sikap pemalas..hehe

Seminggu nie memang penat la. Pagi-pagi dah keluar awal buka kedai, ayah tak ada seminggu nie pergi beli stock dekat jakarta so aku yang kena handle.

Petang pulak dalam jam 6 ada kelas, jadi dalam jam 5p.m dah kena tutup kedai dan siap-siap nak ke kelas. Nasib baik la jarak kedai dengan kolej tak jauh mana.huhu

Habis kelas 9 malam terus je aku gerak balik. Biasanya ayah yang jemput disebabkan ayah tak ada untuk seminggu nie terpaksa la aku beranikan diri menaiki bus dan berjalan malam. Jalan menuju bus stop ke kawasan rumah tu yang gerun..huhu..

Sampai rumah agak lewat dalam jam 10malam. Orang tua-tua kata tak baik dan tak manis kalau anak dara balik malam. Tapi aku balik lewat kerana terpaksa. Peduli la orang nak pandang serong, yang pastinya aku tak buat apa-apa.=P

Kalau la aku pandai dan berani bawa kereta kan senang. Tak ada la aku kena naik bus setiap hari. Nak balik lewat pon tak la takut sangat. Ada lesen kereta tapi tak leh pakai. 'P' lak dah tamat tempoh tapi tak juga berani nak bawa.hmm..

Selalu kena bebel dengan ayah dan ibu disebabkan sampai sekarang tak reti-reti nak drive. Bukannya tak reti tapi gabra. Sekarang nie tengah mencari keberanian nak drive. Tapi tak tahu la bila keberanian tu nak muncul..huhu




Thursday, January 28, 2010

Duit tak cukup nak balik..huhu

Pernah tak korang menghadapi situasi tidak mempunyai wang untuk tambang balik ke rumah? ataupun tiada wang untuk makan walhal perut terasa lapar? Ini aku nak story tentang pengalaman aku tak ada duit tambang nak balik rumah..huhu..cam sedih je bunyi..sobsob!! Cuba bayangkan situasi korang kat tempat aku. Agak-agak apa yang korang akan rasa? Adakah sedih tak dapat nak balik? menangis teresak-esak? ataupun tebalkan muka pergi cari duit tambang untuk balik.?

Biasanya kalau aku pergi mana-mana mesti bawak duit lebih, kalau sengkek pon aku mesti minta duit kat ayah atau ibu. Tapi hari itu aku terlewat bangun, jadi tak sempat nak mintak duit kat ayah. Jadi aku gunakan saja duit yang aku ada berjumlah RM3.50 dengan sangat cermat. Sebelum ke kolej aku buat kira-kira dulu. Tambang naik LRT RM1.60 dari stesyen sentul, makan dan minum tolak tepi sebab sah-sah memang tak cukup jadi aku kenyangkan perut terlebih dahulu kat rumah. Pastu binding assingmnt RM2 tapi aku tak jadi binding sebab budget tak cukup. Jadi aku just guna staple dan tape dengan harga RM1. So, duit yang tinggal hanya berjumlah 60sen dengan penggunaan yang sangat minimal.

Bila pergi kelas tengok-tengok tak ada orang, yang ada aku dengan 2 orang kawan. Rupa-rupanya kelas dibatalkan saat akhir sebab lecturer sakit.hmmm..Jam menunjukkan pukul 6, kalau nak tunggu ayah jemput pukul 9 malam baru datang. Nak balik duit tinggal 60sen, perut lak cam dah berbunyi menandakan sedang lapar..huhuhuuu...Aku rasa seperti orang miskin yang dalam kesusahan..termenung sejenak..agaknya seperti ini lah rasa bila tak ada duit. Selama ini aku tahu membazir tak tentu pasal, insaf seketika mengenang nasib yang agak malang hari itu.

Aku memberanikan diri dan menebalkan muka untuk meminjam wang dengan kawan. Hampa!! rupa-rupanya mereka tak ada duit lebih yang ada cukup-cukup untuk tambang balik.hmm. Tapi nasib aku sedikit baik sebab mereka dengan baik hatinya menolong aku mendapatkan duit. Teharu la pula tengok mereka betul-betul ikhlas nak tolong, inilah gunanya kawan. Tidak merasa susah dan disusahkan andai sahabatnya dalam kesusahan. Thanx sangat-sangat..=)

Hampir 15minit kami menunggu di bawah kolej untuk menanti bantuan dari mana-mana orang yang kami kenal. Akhirnya selepas 15minit kami berjaya juga meminjam wang dari seseorang, dia kawan kepada kawan aku. Alhamdulillah berkat kesabaran dan keihklasan mereka membantu akhirnya dapat juga aku RM2. Jadi, kami pon balik bersama dengan hati yang tenang..=)


Friday, January 22, 2010

Mimpi ular..

Ini aku nak story, malam tadi aku bermimpikan pasal ular..

Eeee!! ular la binatang yang paling aku gerun, jijik, geli, dan takut..huhu

Mimpi aku story dia camnie..ular tu sesat masuk kat bilik aku, dia melilit-lilit kat tiang katil aku..Ya Allah!! bila aku perhatikan ular tu jenis dari keluarga ular sawa. Ular tu tak ganas la dia diam je dan tak bergerak dari tiang katil aku tu.

Cerita ini hanya mimpi dan bukan rekaan semata-mata. Rasa kat dalam mimpi tu cam nyata.

Korang tahu tak makna disebalik mimpi jika kita bermimpikan ular??

Apa yang aku dengar dan tahu dari orang yang mengetahuinya. Jika kita bermimpikan ular maksudnya ada seseorang yang menyukai kita. Betul ke.? entah la aku pun kurang pasti dan tak tahu nak percaya atau tak Tapi kalau betul, siapa la agaknya yang suka kat aku tu..?hehe




Monday, January 18, 2010

Letih...letih..mahu rest..!!



Letihnyer.....!!itulah 'word' yang boleh aku gambarkan tika ini betapa aku dalam keletihan..Beberapa minggu ini banyak assignment yang perlu disiapkan. Jadi terpaksalah bersengkang mata sampai ke pagi duduk menghadap PC sebab nak siapkan assignment. Bila pagi payahnya nak bangun, satu badan rasa lengguh dan sakit. Inilah akibat tidur lambat dan kurang rehat. Bulan depan pula, lepas je tahun baru cina terus exam.Arghhh!!!tension nyer..rasa macam tak sempat je aku nak study, bila difikir-fikir boleh jadi gila.!! Aku pernah alami sakit kepala yang amat sangat dan mual akibat terlalu stress. Disebabkan selalu sakit kepala dan mual, akhirnya aku mengambil keputusan untuk berjumpa dengan doktor. Alhamdulillah doktor kata just tak cukup rehat dan keletihan. Fuhh..lega rasanya..!! sebelum ini dalam otak dah fikir bukan-bukan..'aku sakit apa eik??BARAH OTAK..Ohh No!!Dijauhkan la..huhu'


Bestnya kalau aku yang berada dalam gambar ini..boleh main pasir dan baring-baring..hehe. Mesti letih terus hilang tatkala melihat air laut yang jernih dan biru.




Tuesday, December 29, 2009

SeLaMat MeNyAmBuT TaHun 2010


2009 bakal menutup tirainya. Pelbagai perkara yang telah berlaku dalam hidup kita mahupun dunia. Apa yang terjadi pada 2009 bakal menjadi pedoman dan memberi keinsafan agar kita lebih menghargai waktu.


Selamat menyambut tahun baru, moga ia memberikan cahaya indah kepada semua orang. Doa aku agar semua gembira menyambut kedatangan 2010 ini bahkan biarlah tahun 2010 menjadi tahun yang cukup bermakna untuk kita semua.


Masa lepas tidak akan berulang kembali, jadi mulakan diari baru kita dengan perkara yang baik dan bersiap sedialah menghadapi dugaan hidup. Berdoalah semoga tahun 2010 akan menjadi tahun yang memberikan 1001 kegembiraan kepada kita.


Usia semakin bertambah, jadi peningkatan usia harus sejajar dengan kematangan diri. Janganlah umur sudah meningkat tapi mahu lagi melakukan perkara yang tidak berfaedah kerana fikir mahu enjoy saja.


p/s banyak perkara dan impian pada 2009 tak terlaksana lagi..jadi terpaksalah di bawa ke tahun 2010..harap-harap segala yang diimpikan akan tercapai pada 2010 insyaAllah..amin.

Friday, December 25, 2009

PeRcUtiaN Ke LangKawi..



Hari Pertama.

Pemandangan sepanjang perjalanan

Memulakan perjalanan sebelum waktu subuh lagi dari Kuala Lumpur ke Kedah. Perjalanan memakan masa selama 7-8 jam. Melintasi negeri Selangor, Perak dan Penang untuk sampai ke Langkawi,Kedah.

Negeri Kedah

Negeri Kedah sinonim dengan gelaran negeri jelapang padi. Sepanjang perjalanan di Kedah kiri dan kanan jalan hanya ada pemandangan luas sawah padi.

Menurunkan barang-barang dari kenderaan.

Tepat jam 1 petang Alhamdulillah kami selamat sampai di Kuala Kedah.


Bersolat zuhur sebentar di Masjid India sebelum meneruskan lagi perjalanan untuk ke Langkawi.

Di jeti Kuala Kedah.

Tiket ke Langkawi untuk dewasa berharga RM 23 dan kawak-kawak berharga RM 17.

suasana di dalam ferry. Sempat lagi pose..hehe

Berada di dalam ferry menuju ke Langkawi pada jam 3.00ptg. Perjalanan memakan masa selama 1 jam lebih. Ini bukanlah kali pertama aku menaiki ferry, jadi tak ada terasa takut atau rasa mual. Sebelum menaiki ferry makan dahulu, jangan biarkan perut dalam keadaan lapar. Takut nanti termuntah pula..huhu

Pemandangan dari dalam kapal

Akhirnya sampai juga di Langkawi tepat jam 4.30ptg.

Sedang kebusanan menunggu van sewa datang.

Bila sampai di Langkawi terus mencari kenderaan untuk disewa. Amat mudah mencari kenderaan kerana akan ada orang yang offer kenderaan syarikat mereka untuk kita sewa. Kami menyewa van yang boleh memuatkan 12 orang. Sewa van untuk 3 hari berharga RM350 sahaja.

Hotel Vistar


Nak dapatkan hotel pada waktu cuti di Langkawi memang amat sukar. Selepas pening-pening cari sekeliling Pantai Cenang tapi tak juga jumpa akhirnya jumpa juga hotel di Pantai Tengah. Suasana sekitar hotel ini memang nyaman kerana dikelilingi banyak pokok buluh. Sewa hotel untuk 2 malam berharga RM 500 untuk 2 bilik.


Aktiviti untuk hari pertama di Langkawi tidak banyak dapat dilakukan kerana agak lewat sampai di sana. Hanya bersiar-siar dan makan pada waktu malam di pasar Pantai Cenang.

HaRi Ke-2

Pantai Cenang

pemandangan indah di Pantai Cenang

Hidupan laut yang ada di pesisir Pantai Cenang

Bermain pasir sudah semestinya bila sudah berada di pantai..hehe

Kami mandi-mandi di pantai cenang pada jam 8.00 a.m. Air laut di pantai cenang waktu itu surut jadi boleh mandi jauh sikit. Tapi bila air mula pasang kelam-kabut berenang ke pantai. Dah malas nak mandi jadi aku dan adik-adik mencari hidupan laut di pesisir pantai dan bermain pasir. Best sangat main pasir, terasa seperti budak-budak..hehe

pose aku dan adik sewaktu busan..kebusanan menunggu yang lain..

Port Pemandangan Indah

Di "Port Pemandangan Indah"

Dari puncak pemandangan indah ini kita boleh melihat lapangan terbang di Langkawi. Selain itu terdapat taman dan batu-bata besar yang mencantikkan lagi kawasan tersebut.


Makam Mahsuri

Makam Mahsuri.

Perkampungan Kedah dan rumah Mahsuri.

Perigi Mahsuri dan pemandangan Indah dari perigi Mahsuri.

Lukisan dan peti lama di Muzium Mahsuri.

Antara binatang yang ada di Makam Mahsuri.

Tiket masuk untuk ke makam Mahsuri berharga RM 5 untuk orang dewasa dan RM 2 untuk kanak-kanak. Selain Makam Mahsuri, disini terdapat juga perkampungan Kedah dan kita boleh melihat dengan lebih dekat rumah Mahsuri dan perkampungan melayu. Selain itu terdapat juga mini Zoo dan muzium Mahsuri.

Langkawi Cable car
Langkawi Cable Car.

Terminal cable car sebelum ke puncak.

Pemandangan di jambatan gantung.


Pemandangan dari atas puncak.

Aktiviti seterusnya di Langkawi cable car. Menjajaki kaki ke kawasan ini seperti di negara luar. Tiket untuk menaiki cable car berhaga RM 30 untuk orang dewasa dan RM 20 untuk kanak-kanak. Jika pergi pada waktu cuti kita terpaksa bersabar untuk menunggu giliran. Bila sampai di atas puncak kita boleh melihat pemandangan yang indah.

Hari ke-3

Memulakan pengembaraan dengan menaiki bot seawal jam 9 pagi. Aktiviti ke Pulau-pulau yang ada di sekitar Langkawi. Sewa untuk 1 bot berharga RM 250 untuk 3 jam.

Menaiki bot

Pulau Dayang Bunting & Tasik Dayang Bunting

Pulau Dayang Bunting. Kelihatan seperti wanita mengandung sedang berbaring.

Tasik Dayang Bunting di tengah-tengah pulau.

Peta Pulau Dayang Bunting.

Pulau pertama yang kami singgah ialah Pulau Dayang Bunting. Pulau ini terdapat cerita dan lagendanya tersendiri. Pulau ini dari pemandangan jauh kelihatan seperti wanita mengandung yang sedang berbaring. Di tengah-tengah pulau terdapat tasik yang mendamaikan mata yang memandang.

Pulau Helang


Pulau Helang

Di Pulau Helang ini terdapat banyak burung helang. Kita hanya boleh melihat burung-burung dari dalam bot sahaja. Burung Helang berkeliaran di sekeliling pulau untuk mendapatkan makanan yang diberikan oleh pengemudi bot.

Pulau Beras Basah

Pulau Beras Basah

Pulau Beras Basah adalah pulau terakhir yang kami singgah. Di pulau ini terdapat terumbu karang yang cantik, tapi disebabkan tsunami pada tahun 2004 iannya telah merosakkan terumbu karang yang ada di sekitar pulau.

Dataran Helang

Dataran Helang

Berehat sambil menikmati pemandangan di Dataran Helang.

Time to shopping

shopping

Sebelum berangkat untuk pulang kami sempat juga membeli coklat dan peralatan pinggan mangkuk di Kedai Haji Ismail Group.


Hari Ke-4


Masa untuk balik dari jeti Langkawi ke jeti Kuala Kedah. Perjalanan memakan masa 1 jam lebih. Sampai saja di Kuala Kedah berehat dahulu dan selepas itu kami terus meneruskan perjalan pulang ke KL.Selamat tinggal Langkawi...I Love Langkawi..!!





CLiCK iKLaN DiSiNi SaNgAt BeSt..!!

Chat Zone

...My melody...


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

...Visitor...

...Since 14 March 2010... free counters