CLicK IkLaN DiSiNi SanGaT BeSt..!!

Followers

Showing posts with label Isu. Show all posts
Showing posts with label Isu. Show all posts

Wednesday, January 27, 2010

Betul ke???



Kalau perempuan cantik pendiam
lelaki akan kata: wow!ciri2 isteri idaman...
Kalau perempuan tak cantik pendiam
Lelaki akan kata: tak reti berkomunikasi agaknyer...


Kalau perempuan cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: mst ada krisis nih...kesiannyer...
Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: dah la tak lawa,perangai plak mcm sial!!


Kalau perempuan cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: wow!heroin sejati...
Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: hmm...taktik nak ngorat la tu...


Kalau perempuan cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: ok la...bagai pinang d belah dua...
Kalau perempuan tak cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: kesian...mst dah kena bomoh lelaki tu...


Kalau perempuan cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu btol mamat tu!!
Kalau perempuan tak cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: patut pon kena reject...


Kalau perempuan cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: ntah dato' mana bela ni...
Kalau perempuan tak cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: mesti anak org kaya ni


Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: wah...caringnyer...

Kalau perempuan tak cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: eleh,gedik la tu...


Kalau perempuan cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: don't worry,i will make u happy forever...
Kalau perempuan tak cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: ckit2 nangis!!gembeng tol..ngade2 la...


Kalau perempuan cantik pandai masak
Lelaki akan kata: dah la lawa,pandai masak plak tu...
Kalau perempuan tak cantik pandai masak
Lelaki akan kata: ntah sedap ke tak tu...


Kalau perempuan cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: syoknye!!rindu la tu...
Kalau perempuan tak cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: ko ni takde keje lain ke??!sibuk ni tau tak!!


Kalau perempuan cantik hantar email hari2
Lelaki akan kata: sukenyer...!!
Kalau perempuan tak cantik hantar2 email
Lelaki akan kata: asyik2 email dia...boring!

Betul ke semua lelaki camtu? sila bagi pendapat korang?









Wednesday, January 20, 2010

Kisah SI Tangang moden




Jumlah warga tua di rumah kebajikan orang tua semakin meningkat abad ini. Anak-anak tidak mahu membela mereka walhal ibu dan ayah mereka lah yang membesarkan dan memberi segala perhatian dan kasih sayang buat si anak.


Tapi apakah balasan yang mereka dapat setelah anak tersebut membesar? Dengan mudahnya si anak membuang dan melupakan jasa kedua orang tua yang telah melahirkan dan membesarkannya.

Kisah anak melupakan jasa, keringat dan pengorbanan ibu bapa bukanlah sesuatu yang baru. Menyorot filem lama yang paling dekat mengingatkan kita tentang kisah anak derhaka adalah filem Si Tanggang.

Hari ini dalam dunia realiti kisah si Tanggang semakin berleluasa. Lebih menyedihkan, bagaimana tragisnya kisah Tanggang, begitulah keras dan kejamnya hati sebilangan Tanggang moden hari ini.

Baru-baru ini contohnya, media melaporkan mengenai dua insiden seorang bapa telah 'dibuang' oleh anaknya.

Dalam kes pertama, seorang pesakit buah pinggang berumur 60 tahun telah ditinggalkan oleh anaknya di pusat hemodialisis di Kangar, Perlis. Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kemudian menempatkan lelaki tersebut di sebuah rumah kebajikan, Rumah Sri kenangan di Jejawi.

Seminggu sebelum itu, seorang bapa berumur 57 tahun telah ditinggalkan di tepi jalan bersama bungkusan pakaiannya di Behor dekat Kangar. Beliau yang baru menjalani pembedahan jantung terpaksa berlindung dan tidur di sebuah perhentian bas.

Sedih bila difikirkan sikap seorang anak yang sebegitu rupa. Tiada hati budi dan hati perut, tegar sungguh memperlakukan sebegitu pada insan yang melahirkan mereka. Ketahuilah Allah s.w.t membenci pada orang yang menderhaka pada kedua orang tuanya. Tiada keberkatan hidup bagi mereka yang menderhaka pada ibu dan ayah.

Sayangilah dan curahkanlah segala kasih sayang pada ibu dan ayah kita selagi hayat mereka masih ada. Peliharalah mereka di waktu tua mereka seperti mana mereka memelihara kita sedari kecil lagi.



Saturday, January 16, 2010

Pelajar Aswara didakwa




Pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan (Aswara),Mohamad Tasyrif Tajudin, 25, dihadapkan atas tuduhan menghantar komen berbentuk ancaman yang berkaitan dengan isu bakar gereja dan penggunaan kalimah Allah. Dia hanya menulis ayat seperti  'Ke nak aku baling bom petrol di sana plak? harga boleh runding'  menerusi laman sosial Facebook, pelajar tersebut dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam.
Sekarang ini jika nak tulis apa-apa dekat Blog, Facebook atau laman sembang yang lain hati-hatilah dengan ayat yang hendak di tulis itu. Jangan belagak pandai dan berani, jangan mempersendakan isu yang sensitif sehingga boleh mencetuskan pertelingkahan dan kekeliruan. Nanti silap hari bulan kita pula yang kena sumbat dalam lokap. Sebelum ini Raja Petra di sumbat ke ISA atas kelantangan dia bersuara diruangan belog.

Ermm.. terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata badan binasa, disebabkan terlalu berani inilah akibatnya...



Tuesday, January 12, 2010

Isu kalimah ALLAH.


Entry aku kali ini bukan hendak menyalahkan sesiapa dan bukan juga hendak menyatakan yang mana baik dan yang mana tidak. Tapi atas sebab aku juga anak Malaysia dan berhak untuk mengambil tahu perkara-perkara yang berlaku di negara ini, jadi atas sikap itu aku hendak berkongsi 'Isu Panas' yang sedang melanda negara kita.

Negara telah di gemparkan dengan kebakaran dan kerosakkan yang berlaku di 8 buah gereja di seluruh Malaysia. Perkara ini berlaku selepas hebohnya penggunaan kalimah ALLAH oleh akbar Herald-The Chatolic Weekly. Mungkin mereka melakukan perkara itu sebagai tanda protes ke atas penggunaan kalimah ALLAH.

Apa yang aku tahu kalimah 'ALLAH' adalah perkataan dari bahasa arab yang bermaksud 'TUHAN'. JAdi adakah penggunaan kalimah ALLAH oleh agama lain adalah salah?? Mahkamah tinggi negara juga telah membenarkan penggunaan kalimah ALLAH bagi agama lain. Tapi kenapa isu ini kembali berbangkit.?? Negara-negara islam lain juga membenarkan penggunaan kalimah ALLAH bagi agama lain, contoh negara yang paling dekat adalah negara jiran kita Indonesia.

Disebabkan isu ini ada pihak politik yang sengaja mengambil kesempatan dengan menyatakan yang BN tidak mampu menangani gajala ini, menuduh UMNO adalah dalang disebalik kekecohan ini. Aku bukanlah penyokong BN, tetapi kenyataan yang membuta-tuli itu yang menyokong sesuatu pendirian yang tidak pasti kesahihannya hanya akan memburukkan lagi keadaan dan merugikan rakyat islam dan agama lainnya.

Jalan terbaik bagi menyelesaikan isu ini adalah dengan menggunakan pendekatan rundingan. Rakyat Malaysia yang pelbagai kaum, bangsa dan agama perlu bersama-sama dan bertolak ansur dalam menangani isu ini supaya keharmonian dan kesejahteraan negara kita selama ini akan tetap terpelihara.

Sila rujuk link di bawah ini.



Monday, December 7, 2009

ApA NaK jADi Laa..!!

Assalamualaikum...Aku terpanggil untuk menulis tentang masalah politik di negara kita sekarang ini. Walaupun hari ini keadaan kesihatan aku agak tidak baik, tapi aku cuba juga untuk berkongsi pendapat dengan kawan-kawan. Dalam kehidupan seharian, aku turut membincangkan tentang perkara lain seperti politik, agama, ekonomi, dan hal-hal yang berkaitan dengan masyarakat di dalam negara mahupun dunia.

Aku tak faham dengan situasi politik di negara kita. Banyak perkara yang berlaku dan macam-macam hal yang yang terjadi sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Aku terkejut beruk, apabila terbaca ugutan Menteri Besar Kelantan dan juga selaku Musyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz yang menyatakan akan membuat solat hajat dan berdoa kepada Allah SWT agar diturunkan bala kepada Perdana Menteri dan parti UMNO jika kerajaan pusat enggan menyerahkan royalti minyak sebanyak RM1billion kepada Kelantan.

Aku semahu mungkin tidak mahu masuk campur dalam urusan politik, kerana aku bukanlah pemikir politik yang baik. Tapi sebagai rakyat Malaysia dan juga seperti pemerhati politik yang lain aku terpanggil untuk memberikan pendapat terhadap isu ini. Bagi aku, sikap Menteri Besar Kelantan yang mengugut untuk berdoa kepada Allah SWT agar saudara seagama dengannya ditimpa bala dan malapetakan seperti tersimpang dari tuntutan agama islam.

Pelik rasanya apabila seorang yang mempunyai pengetahuan agama seperti Tuan Guru menadah tangan meminta Allah menurunkan bala kepada saudara seislam dengannya hanya kerana tidak mendapat apa yang diinginkannya. Islam menganjurkan sikap keamanan dan berdoa untuk kesejahteraan dan kebaikan bukannya untuk kejahatan dan keburukan. Inikan pula berdoa untuk keburukan saudara seagama dengannya.

Mungkin Tuan Guru lupa bahawa Perdanan Menteri dan pengikutnya juga berkiblatkan pada Tuhan yang sama dan berdoa menadah tangan kelangit pada tuhan yang sama juga. Inikah pejuangan politik yang berteraskan agama islam sebagai hala tuju politiknya selama ini sehingga tersasar perjuangan sebenar untuk menegakkan islam hanyut dalam perjuagan pemikiran politiknya.

Tidak perlu menjadi pendeta atau cendekiawan agama untuk merumuskan perilaku seumpama itu baik atau sebaliknya. Adakah tingkat tingginya serban di kepala menjadi tiket untuk seseorang itu terselamat dari musibah Tuhan dan akan terus ke syurga? Sedih rasanya apabila ada umat yang pandai mengukur tahap banyaknya pahala sendiri dan dosa orang lain. Cetek sungguh pemikiran seperti itu yang hanya tahu menyatakan diri sendiri yang terbaik.

Saturday, November 14, 2009

SeKsi...!! SeKsa Aku MeLiHaTnYa...Huhuhu..


'Fuyooo..!! seksi siot minah tu..' ayat sebegini yang selalu terkeluar dari mulut lelaki andai terlihat perempuan yang seksi and berpakaian terdedah sana-sini. Lelaki if padang gurl seksi memang suka sangat la sampai terbeliak biji mata tu pandang dan ada gak yang pandang berkali-kali. Fuh.!! dasyat betul penangan perempuan yang seksi nie.

Aku bukanlah tak puas hati pada mana-mana pihak. Tapi cuma nak kongsi apa yang aku rasa bila melihat perempuan yang berpakaian seksi ini. Terkadang aku hairan juga tengok mereka berpakaian macam tak cukup kain tu. Aku tak kisah dan hairan jika bangsa lain berpakaian sebegitu tapi yang peliknya adalah bangsa melayu kita sendiri yang beragama islam.

Eee..!! aku tak berkenan la mereka ini buat free show tayang badan. Pakai pakaian yang terdedah sana-sini sampai menampakkan anggota badan yang tak sepatutnya diperlihatkan. Manakah perginya perasaan malu mereka sebagai wanita islam.?? Sedih aku melihat kaum aku sebegitu.

Apa agaknya motif mereka berpakaian seksi.? konon la if tak berpakaian seksi tak up-to-date, tak rock la dan ketinggalan zaman la. Memang tak dapat disangkal lagi if mereka yang seksi ini mudah didekati kaum lelaki. Sebagai seorang wanita, aku nasihatkan berhati-hatilah takut korang masuk kat dalam mulut sang buaya je.

Janganlah kamu menjadi seperti perempuan di negara kafir, suka mempamerkan kecantikannya, jahil, naif, suka mempamerkan pakaian bagai barang jualan, tanpa maruah, tanpa kemuliaan, dan kehilangan nilai agama.

p/s Tak tau la nak jadi apa..huhu..
Bookmark and Share

Friday, November 13, 2009

cAnTiK HaTi vS cAnTiK FiZiKaL

' Cantik..cantik..siapa yang tak mahu cantik? Di puji dan dikelilingi mereka yang mengagumi! Wow seronoknya jadi insan yang dilabel cantik! Serasa dunia ini kepunyaannya!

Sejauh manakah cantik itu menjadi ukuran? Adakah pada paras rupa atau budi bahasa yang dipertaruhkan?

Banyak definasi cantik yang boleh diutarakan disini. Setiap orang mempunyai definasi cantik yang tersendiri. Bagi aku definasi cantik yang sebenarnya ialah cantik pada hati dan cantik juga pada luarannya. Kedua-duanya sama penting tapi andai luaran saja menjadi taruhan tidak pada hati budi, kecantikan itu tidak akan berkekalan kerana kecantikan rupa akan hilang diluput zaman tapi cantik hati akan kekal selamanya.

Cantik adalah suatu kelebihan yang diidamkan setiap orang. Namun kecantikan itu akan lebih terserlah jika seseorang itu cantik pada hatinya. Ada perumpamaan yang boleh mengambarkan situasi cantik hati dan cantik fizikal ini.

Perumpamaan pertama "Orang kata dari mata turunnya kehati" kerana dengan rupa yang cantik itu yang telah menambat hati sang arjuna dan sang gadis. Perumpamaan kedua pula "Tak kenal maka tak cinta" dengan mengenali kebaikkan peribadi dan diri orang tersebut yang telah membuatkan hati tertawan padanya.

Jadi cantik paras rupa atau peribadi menjadi pilihan kamu?

Bohong andai kita tidak tertarik pada kecantikan luaran seseorang kerana aku tidak menyangkal dengan pandangan cinta pertama adalah kerana kecantikan seseorang itu. Tapi janganlah kita tunduk pada nafsu semata-mata dan janganlah terus melabel orang yang cantik itu akan cantik budi bahasanya juga. Jadi kenalilah dan selami hati budi jejaka atau gadis yang kamu ingin dekati itu dulu.

Cantik bukan sekadar dinilai dari paras rupa tetapi juga sikap dan tingkah laku empunya diri. Namun masih ada yang memandang kecantikkan luaran daripada kecantikan dalaman dalam membuat pilihan. Kenapa agaknya?

Malu agaknya jika buah hati tak berapa nak cantik. Kenapa perlu malu? Malu sebab tidak mahu kawan-kawan ejek dan menjadi sindiran mereka. Kiranya rupa paras yang cantik itu hanya untuk ditunjuk-tunjuk biar tak malu nak tayang buah hati dengan kawan-kawan.

Tapi jangan!! Jangan terlalu memandang pada fizikal semata-mata. Andai hati budi dan tingkah laku pasangan kamu "zero" kamu juga yang akan susah. Jadi pandai-pandailah dalam membuat pilihan jangan sampai salah membuat pilihan kerana mata kamu telah dibutakan dengan kecantikan.

p/s Kekasih idaman aku mestilah seorang yg baik hatinya, beriman, bijak dan sedap mata memandang..^_^..tapi tak muncul lagi..huhu

Bookmark and Share





CLiCK iKLaN DiSiNi SaNgAt BeSt..!!

Chat Zone

...My melody...


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

...Visitor...

...Since 14 March 2010... free counters