Jumlah warga tua di rumah kebajikan orang tua semakin meningkat abad ini. Anak-anak tidak mahu membela mereka walhal ibu dan ayah mereka lah yang membesarkan dan memberi segala perhatian dan kasih sayang buat si anak.
Tapi apakah balasan yang mereka dapat setelah anak tersebut membesar? Dengan mudahnya si anak membuang dan melupakan jasa kedua orang tua yang telah melahirkan dan membesarkannya.
Kisah anak melupakan jasa, keringat dan pengorbanan ibu bapa bukanlah sesuatu yang baru. Menyorot filem lama yang paling dekat mengingatkan kita tentang kisah anak derhaka adalah filem Si Tanggang.
Hari ini dalam dunia realiti kisah si Tanggang semakin berleluasa. Lebih menyedihkan, bagaimana tragisnya kisah Tanggang, begitulah keras dan kejamnya hati sebilangan Tanggang moden hari ini.
Baru-baru ini contohnya, media melaporkan mengenai dua insiden seorang bapa telah 'dibuang' oleh anaknya.
Dalam kes pertama, seorang pesakit buah pinggang berumur 60 tahun telah ditinggalkan oleh anaknya di pusat hemodialisis di Kangar, Perlis. Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kemudian menempatkan lelaki tersebut di sebuah rumah kebajikan, Rumah Sri kenangan di Jejawi.
Seminggu sebelum itu, seorang bapa berumur 57 tahun telah ditinggalkan di tepi jalan bersama bungkusan pakaiannya di Behor dekat Kangar. Beliau yang baru menjalani pembedahan jantung terpaksa berlindung dan tidur di sebuah perhentian bas.
Sedih bila difikirkan sikap seorang anak yang sebegitu rupa. Tiada hati budi dan hati perut, tegar sungguh memperlakukan sebegitu pada insan yang melahirkan mereka. Ketahuilah Allah s.w.t membenci pada orang yang menderhaka pada kedua orang tuanya. Tiada keberkatan hidup bagi mereka yang menderhaka pada ibu dan ayah.
Sayangilah dan curahkanlah segala kasih sayang pada ibu dan ayah kita selagi hayat mereka masih ada. Peliharalah mereka di waktu tua mereka seperti mana mereka memelihara kita sedari kecil lagi.
2 comments:
hmm..teruk betul sikap mereka yg membuang ibu-bapa..insaf la..tak takut ke terima balasan dari Allah.??
Moga di tetapkan imanku !
Post a Comment