Entry aku kali ini bukan hendak menyalahkan sesiapa dan bukan juga hendak menyatakan yang mana baik dan yang mana tidak. Tapi atas sebab aku juga anak Malaysia dan berhak untuk mengambil tahu perkara-perkara yang berlaku di negara ini, jadi atas sikap itu aku hendak berkongsi 'Isu Panas' yang sedang melanda negara kita.
Negara telah di gemparkan dengan kebakaran dan kerosakkan yang berlaku di 8 buah gereja di seluruh Malaysia. Perkara ini berlaku selepas hebohnya penggunaan kalimah ALLAH oleh akbar Herald-The Chatolic Weekly. Mungkin mereka melakukan perkara itu sebagai tanda protes ke atas penggunaan kalimah ALLAH.
Apa yang aku tahu kalimah 'ALLAH' adalah perkataan dari bahasa arab yang bermaksud 'TUHAN'. JAdi adakah penggunaan kalimah ALLAH oleh agama lain adalah salah?? Mahkamah tinggi negara juga telah membenarkan penggunaan kalimah ALLAH bagi agama lain. Tapi kenapa isu ini kembali berbangkit.?? Negara-negara islam lain juga membenarkan penggunaan kalimah ALLAH bagi agama lain, contoh negara yang paling dekat adalah negara jiran kita Indonesia.
Disebabkan isu ini ada pihak politik yang sengaja mengambil kesempatan dengan menyatakan yang BN tidak mampu menangani gajala ini, menuduh UMNO adalah dalang disebalik kekecohan ini. Aku bukanlah penyokong BN, tetapi kenyataan yang membuta-tuli itu yang menyokong sesuatu pendirian yang tidak pasti kesahihannya hanya akan memburukkan lagi keadaan dan merugikan rakyat islam dan agama lainnya.
Jalan terbaik bagi menyelesaikan isu ini adalah dengan menggunakan pendekatan rundingan. Rakyat Malaysia yang pelbagai kaum, bangsa dan agama perlu bersama-sama dan bertolak ansur dalam menangani isu ini supaya keharmonian dan kesejahteraan negara kita selama ini akan tetap terpelihara.
Sila rujuk link di bawah ini.