CLicK IkLaN DiSiNi SanGaT BeSt..!!

Followers

Thursday, January 28, 2010

Duit tak cukup nak balik..huhu

Pernah tak korang menghadapi situasi tidak mempunyai wang untuk tambang balik ke rumah? ataupun tiada wang untuk makan walhal perut terasa lapar? Ini aku nak story tentang pengalaman aku tak ada duit tambang nak balik rumah..huhu..cam sedih je bunyi..sobsob!! Cuba bayangkan situasi korang kat tempat aku. Agak-agak apa yang korang akan rasa? Adakah sedih tak dapat nak balik? menangis teresak-esak? ataupun tebalkan muka pergi cari duit tambang untuk balik.?

Biasanya kalau aku pergi mana-mana mesti bawak duit lebih, kalau sengkek pon aku mesti minta duit kat ayah atau ibu. Tapi hari itu aku terlewat bangun, jadi tak sempat nak mintak duit kat ayah. Jadi aku gunakan saja duit yang aku ada berjumlah RM3.50 dengan sangat cermat. Sebelum ke kolej aku buat kira-kira dulu. Tambang naik LRT RM1.60 dari stesyen sentul, makan dan minum tolak tepi sebab sah-sah memang tak cukup jadi aku kenyangkan perut terlebih dahulu kat rumah. Pastu binding assingmnt RM2 tapi aku tak jadi binding sebab budget tak cukup. Jadi aku just guna staple dan tape dengan harga RM1. So, duit yang tinggal hanya berjumlah 60sen dengan penggunaan yang sangat minimal.

Bila pergi kelas tengok-tengok tak ada orang, yang ada aku dengan 2 orang kawan. Rupa-rupanya kelas dibatalkan saat akhir sebab lecturer sakit.hmmm..Jam menunjukkan pukul 6, kalau nak tunggu ayah jemput pukul 9 malam baru datang. Nak balik duit tinggal 60sen, perut lak cam dah berbunyi menandakan sedang lapar..huhuhuuu...Aku rasa seperti orang miskin yang dalam kesusahan..termenung sejenak..agaknya seperti ini lah rasa bila tak ada duit. Selama ini aku tahu membazir tak tentu pasal, insaf seketika mengenang nasib yang agak malang hari itu.

Aku memberanikan diri dan menebalkan muka untuk meminjam wang dengan kawan. Hampa!! rupa-rupanya mereka tak ada duit lebih yang ada cukup-cukup untuk tambang balik.hmm. Tapi nasib aku sedikit baik sebab mereka dengan baik hatinya menolong aku mendapatkan duit. Teharu la pula tengok mereka betul-betul ikhlas nak tolong, inilah gunanya kawan. Tidak merasa susah dan disusahkan andai sahabatnya dalam kesusahan. Thanx sangat-sangat..=)

Hampir 15minit kami menunggu di bawah kolej untuk menanti bantuan dari mana-mana orang yang kami kenal. Akhirnya selepas 15minit kami berjaya juga meminjam wang dari seseorang, dia kawan kepada kawan aku. Alhamdulillah berkat kesabaran dan keihklasan mereka membantu akhirnya dapat juga aku RM2. Jadi, kami pon balik bersama dengan hati yang tenang..=)


CLiCK iKLaN DiSiNi SaNgAt BeSt..!!

Chat Zone

...My melody...


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

...Visitor...

...Since 14 March 2010... free counters