
Pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan (Aswara),Mohamad Tasyrif Tajudin, 25, dihadapkan atas tuduhan menghantar komen berbentuk ancaman yang berkaitan dengan isu bakar gereja dan penggunaan kalimah Allah. Dia hanya menulis ayat seperti 'Ke nak aku baling bom petrol di sana plak? harga boleh runding' menerusi laman sosial Facebook, pelajar tersebut dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam.
Sekarang ini jika nak tulis apa-apa dekat Blog, Facebook atau laman sembang yang lain hati-hatilah dengan ayat yang hendak di tulis itu. Jangan belagak pandai dan berani, jangan mempersendakan isu yang sensitif sehingga boleh mencetuskan pertelingkahan dan kekeliruan. Nanti silap hari bulan kita pula yang kena sumbat dalam lokap. Sebelum ini Raja Petra di sumbat ke ISA atas kelantangan dia bersuara diruangan belog.
Ermm.. terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata badan binasa, disebabkan terlalu berani inilah akibatnya...
Ermm.. terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata badan binasa, disebabkan terlalu berani inilah akibatnya...