CLicK IkLaN DiSiNi SanGaT BeSt..!!

Followers

Monday, November 2, 2009

Abu Dhabi PeNutuP TiRai GrAnd PriX F1 MuSiM 2009.


Pada ahad lepas(1 Nov.2009) aku telah saksikan secara life di kaca TV perlumbaan Formula One Grand Prix at the Yas Marina racetrack ,Abu Dhabi, United Arab Emirates. Pada saingan ahad itu menyaksikan Sebastian Vettel dari pasukan Red Bull menjuarai saingan penutup tirai F1 di ABu Dhabi diiukuti rakan sepasukannya Mark Webber yang melengkapkan saingan 1-2 bagi pasukan Red Bull.Kedudukan ke-3 pula menyaksikan Jenson Button dari pasukan Brawn Gp yang sudah pun menjadi juara dunia pada siri 2009 ini. Vettel yang mendapat petak kedua pada permulaan perlumbaan bernasib baik kerana Lewis Hamilton yang berada di posisi pertama mengalami kerosakan jentera selepas memasuki pit yang pertama dan Hamilton terpaksa menarik diri. Juara dunia pada tahun yang lalu iaitu Kimi Raikonen hanya berpuas hati pada kedudukan yang ke-12.

Jentera Red Bull yang di pandu Sebastian Vettel

Sebastian Vettel dan Mark Webber meraikan
kemenangan mereka 1-2

Jenson Button dinobatkan sebagai
Juara dunia bagi saingan F1 2009.

Lewis Hamilton dari pasukan Mclaren Mercedes
mendahului pada permulaan saingan.

Keindahan dan keunikkan di litar Abu Dhabi

Kimi Raikkonen dan jenteranya Ferrari

Saingan pada tahun ini banyak menyaksikan kejutan apabila pasukan yang lemah sebelum ini berjaya bersaing dengan pasukan hebat dan ternama seperti Ferrari dan Mclaren Mercedes.
Jadi berakhirnya siri grand prix F1 bagi tahun 2009 ini di Abu Dhabi dan nantikanlah saingan F1 pada tahun hadapan yang pastinya akan lebih sengit dan mencabar. Bakal kita saksikan juga pasukan dari negara kita Malaysia iaitu "1Malaysia Team' Jadi sama-sama la kita laungkan slogan 1Malaysia dan majulah sukan untuk negara.!!


p/s pernah pandu kereta laju-laju konon nak jadi mcm Kimi Raikonnen la..hehe..Tiba-tiba time dekat lampu isyarat yang agak berbukit terus kereta aku terberundur.Alamak!!aku dah kalut time tu..rupanya salah masuk gear!!Ya Allah malunya time tu..Kereta kat belakang dah hon! lagi la buat aku gabra..huhu pastu kereta kat sebelah pulak buka cermin kereta dia pastu just sengeh cam kambing kat aku..Geramnya!!Aku lupa segalanya time tu!!hand break lupa,masuk gear pon salah n lampu isyarat dah hijau pon aku tak nampak disebabkan dah kalut sangat.!!Disebabkan kejadian tu aku terus fobia nak drive kereta. Dah hampir setahun aku tak pegang stereng kereta..penakut..huhu

CLiCK iKLaN DiSiNi SaNgAt BeSt..!!

Chat Zone

...My melody...


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

...Visitor...

...Since 14 March 2010... free counters