CLicK IkLaN DiSiNi SanGaT BeSt..!!

Followers

Sunday, February 14, 2010

Kisah disebalik Valentine's day.

Hari dah lewat malam, tapi mata aku ni tak juga boleh lelap. Jadi berkesempatan juga la aku buka blog dan tergerak hati nak tulis sesuatu kat ruangan ni.


Hari ni hari apa.?? siapa tahu angkat tangan.hehe. Hari ni hari ahad la..haha..Buat lawak lak aku ni. Kaum cina di negara kita pasti sedang sibuk merayakan sambutan Tahun Baru Cina. Gong Xi Fa Cai buat kaum Cina di Malaysia. Ada lagi satu sambutan pada hari ini yang pasti disambut pada 14 Februari setiap tahun. Hari yang ditunggu-tunggu oleh pasangan kekasih di seluruh dunia iaitu 'valentine day'.


Sekadar gambar hiasan. Bukan aku nak wish valentine.huhu


Apabila tibanya 14 Februari pasti pasangan bercinta mulalah sibuk mencari hadiah dan merancang aktiviti untuk mereka raikan bersama. Kononya hendak meraikan hari kekasih dan menzahirkan perasaan cinta mereka pada orang yang dicintai. Tak kan la masa VALENTINE je nak zahirkan perasaan.?




Tak kan la masa VALENTINE je nak zahirkan perasaan.huhu


Korang tahu ke VALENTINE tu apa?? Tahu ke disebalik kisah 'VALENTINE'S DAY' ni?? Setahu aku VALENTINE adalah nama seorang paderi, Pedro St. Valentino. 14 Februari tu sebenarnya hari kejatuhan kerajaan islam sepanyol. Paderi ni isytiharkan hari tu sebagai hari 'kasih sayang' sebab bagi dia pada Islam adalah ZALIM. Tumbangnya kerajaan islam sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. lagi pulak , paderi ni telah dijatuhkan hukuman mati disebabkan dia menentang penguasa Romawi masa tu. Jadi pengikut-pengikut paderi ni buat la hari mmperingati dia yang digelar VALENTINE DAY sebagai tanda kasih mereka pada paderi ni.

Jadi kenapa la korang sibuk-sibuk nak sambut valentine ni.? Padahal terang-terang sambutan orang mati dan sambutan hari VALENTINE yang mereka cipta adalah sebagai tanda kegembiraan mereka melihat kejatuhan orang ISLAM. Sukanya korang sambut hari VALENTINE seperti  korang meraikan kejatuhan ISLAM. MASYAALLAH..!!

Valentine bukanlah budaya orang islam, dan bukan juga resam orang melayu atau budaya lain di negara kita. Tetapi semua sibuk dan terikut-ikut nak menyambutnya tanpa memikirkan implikasinya. Kenapa perlu mengikut budaya orang kafir yang boleh menyimpangkan akidah kita sebagai umat Islam.

JAdi renung-renungkanlah..


CLiCK iKLaN DiSiNi SaNgAt BeSt..!!

Chat Zone

...My melody...


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

...Visitor...

...Since 14 March 2010... free counters