CLicK IkLaN DiSiNi SanGaT BeSt..!!

Followers

Showing posts with label Cinta Oh cinta... Show all posts
Showing posts with label Cinta Oh cinta... Show all posts

Saturday, December 26, 2009

BeRsAHaBaT LeBiH BaiK dARi BeRcInTa.

Love Graphic #6


Cinta itu adalah suatu yang amat indah dan mengasyikkan. Cinta juga boleh mengakibatkan kedukaan dab kekecewaan di hati. Sebab itu ada orang yang gila kerana cinta, gila disebabkan kecewa dengan cinta. Setiap manusia pasti dianugerahkan cinta, tapi bukannya semua cinta itu akan menjadi realiti. Kita pasti menerima kekecewaan dahulu sebelum menemui cinta yang sebenarnya.

Bersahabat adalah lebih manis dari sebuah percintaan . Kenali hati budi dan diri masing-masing.
Persahabatan atau berkasih sayang umpama menemui sesuatu yang amat berharga. Ia juga seperti sebuah percintaan, jagalah ia dengan kesederhanaan. kemudian sampai masanya lepaskan dia dan jika dia datang semula, itulah sebenarnya yang dicari-cari. Mungkin itu dikatakan jodoh. Namun, jika sebaliknya kita perlu redha dan teruskan kehidupan baru.





Sunday, November 22, 2009

iSyArAt cInTa..


Bicara soal cinta, tak kira apa jua situasinya, sama ada kita di sekolah, tempat kerja atau di mana saja, pasti akan terpesona pada seseorang insan. Adakalanya, individu istimewa itu ada yang menepati cita rasa dan kemahuan kita dan ada pula yang secara tak langsung kita terpikat padanya tanpa sebarang sebab! Mungkin itu dinamakan cinta atau 'crush'

Bagaimana agaknya reaksi kita ketika bertembung dengan nya? Tersipu malu atau berlagak selamba.? Begitu juga jika ada jejaka atau gadis yang menaruh hati pada kita tapi takut untuk berterus terang. Mungkin si dia, takut untuk menerima hakikat bahawa kamu sudah mempunyai kekasih atau malas melayan perasaan cintanya.

Cuba kamu perhatikan reaksi dan pandangan matanya. Hah! tentu lain bukan. Berdasarkan renungan mata yang tajam sambil melemparkan sebuah senyuman yang bisa mengegar jantung, boleh menyatakan sesuatu makna yang tersirat maksudnya. Tapi bagi yang berani, tentu saja sudah meluahkan apa yang terpendam dihati. Sungguhpun begitu, bukan semua yang berani menyatakan cintanya. Lirikan mata dan senyuman boleh digunakan untuk menyampaikan maksud yang beraja dihati.

Setiap orang pasti pernah melalui dan merasai sendiri perasaan seperti ini. Betul kan.? Aku juga tidak terkecuali mengalami perasaan tersebut. Sikap kita akan berubah setiap kali kita berhadapan dengan orang yang kita cintai. Bila pandangan bertembung, cepat-cepat melarikan pandangan itu seperti ada satu getaran di jiwa bila melihat si dia dan selalu curi-curi pandang pada si dia. Control ayu! Buat itu dan ini rasa tidak selesa semua rasa seperti dikawal. Muka merah padam dan terasa malu bila si dia mengusik atau menyapa. Malu konon! tapi di dalam hati sudah berbunga-bunga. Gelisah dan tak senang duduk apabila si dia di hadapan mata, semua kerja yang dilakukan serba tidak menjadi.

Situasi begitu yang akan terjadi saat aku berhadapan dengan si dia yang aku cintai. Mungkin, kawan-kawan juga pernah mengalaminya..^_^

p/s dah lama tak rasa perasaan ini..time first love rasanya..=)


Friday, October 30, 2009

AdA aPa DeNgAn CiNtA..??




Apa yang aku tulis ini tiada kaitan dengan filem dari seberang tau. Ya,memang aku suka sangat dengan cerita filem cinta itu. Tapi Ada apa dengan cinta aku ini lain dari filem itu. Cinta?kamu tahu apa itu cinta tapi sayang seribu kali sayang masih ramai yang tidak tahu apa itu cinta biarpun sudah berapa kali jatuh cinta. Pelik sungguh cinta zaman sekarang, masih ada yang tidak tahu erti cinta sebenar.

Maka tidak hairanlah cinta sekarang adalah cinta nafsu-nafsi yang konon-kononnya sanggup melakukan apa sahaja demi kekasih. Si perempuan sanggup menanggalkan pakaian,melepaskan maruah dan harga diri di mulut 'sang buaya' yang sentiasa tergangga.Memang bodoh!! Ya,aku sendiri mengaku tidak tahu erti sebenar apa itu cinta. Pada aku,cinta itu adalah kasih sayang, persahabatan, janji, ikatan, kesetiaan, kesungguhan, perkongsian, kebencian dan cemburu. Menurut kamus Dewan yang sempat aku selak,cinta adalah;

1.Perasaan atau berperasaan teramat sayang kepada,
2.Perasaan atau berperasaan sangat berahi,
3.Perasaan atau berperasaan dukacita dan
4.Perasaan atau berperasaan ingin akan sesuatu

Begitu luas sekali maksud cinta.

Di sini aku mahu membicarakan tentang cinta insan,antara lelaki dan perempuan. Setuju atau tidak, jika aku katakan lelaki adalah 'kaum' yang suka menyalah gunakan kata-kata cinta?? Apa yang aku katakan di sini berdasarkan pengajaran pengalaman dan kesilapan perhubungan. Mencintai seseorang bukan bermaksud kita memiliki si dia secara total. Kenapa?

Cintailah dia walaupun di pelosok mana dia berada, cintailah dia untuk tempoh mana pun walau jutaan tahun. Tetapi ingat segala-galanya sudah tersurat di azali bahawa dia. kekasihmu, belum tentu akan menjadi suami atau isteri kamu. Kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan segalanya. Tidak hairanlah pasangan pengantin yang hanya beberapa minit bakal menjadi suami isteri tiba-tiba tidak jadi disatukan,bukan.??

Cinta pada kaum lelaki umpama bahan permainan dan pakaian yang boleh ditukar ganti. Percayalah, di depan kamu lelaki mudah melafazkan cinta. Di belakang kamu juga si dia mudah melafazkan kata cinta dengan perempuan lain. Aku benci lelaki yang amat mudah jatuh cinta dengan ramai perempuan. Maaf,aku tahu bukan semua lelaki seperti itu.

Word yang selalu lelaki gunakan bila dah jatuh hati dengan perempuan lain;

"Jangan salahkan saya,saya tak tahu kenapa saya jatuh cinta lagi.Awak kena faham saya," dan "Maaf, saya hanya boleh jadi kawan awak saja. If ada jodoh tak kemana" Ala..selalu sangat dengar word camnie...agak-agak pernah dengar tak.?? Mahu sahaja aku maki dan marah tapi salah aku juga sebab bodoh jatuh hati pada orng yang seperti itu.Nak marah pun tak ada gunannya buat sakit hati saja.

Aku telah membuat keputusan pada masa yang sama. Dia harus aku lupakan walaupun rasa kecewa yang teramat sangat.

Aku tidak lagi hairan walau ramai orang mengatakan lelaki semakin pupus. Ke mana perginya lelaki? Oh!!Mereka banyak mendiami pusat-pusat serenti dan tidak sedikit yang sudah bertukar orentasi seksualitinya(bertukar ke lekaki lembut). Aku di sini masih tercari-cari cinta sejati dan aku meyakini pertolongan ALLAH yang Maha Adil.

Di sekeliling aku,banyak pasangan kekasih yang kecundang di alam percintaan walau sudah bertahun menyemai cinta. Kadang-kala aku terfikir untuk meminggirkan cinta dan tidak mahu bercinta. Ibu selalu mendesak mahu tahu siapa buah hati aku. Hingga kini aku masih solo hinggakan ramai yang mengatakan aku menipu, sebabnya tidak puas hati dengan jawapan 'standard', "tak ada boyfriend la". Si sepupu pula bermatian-matian payah menerima kebenaran ini. Paling parah apabila kawan memaksa aku bersumpah untuk membuktikan yang aku betul-betul tak ada boyfriend.Pelik-pelik!!pening aku!

Terdetik di kotak fikiran aku kadangkala, perlukah bercinta sebelum berumah tangga?perlukah? Aku dilahirkan ke dunia ini hasil percintaan ibu dan ayah. Aku adalah lambang cinta mereka. Jauh di hati, masih ada sekelumit rasa mahu mencintai dan dicintai. Andai tiada cinta sejati dan jodoh, aku redha dan berazam akan terus menjadi manusia yang waras dan rasional. Selesaikan dahulu cita-cita dan impian aku yang belum terlaksana...
Bookmark and Share

Wednesday, October 21, 2009

Jangan terlalu mencari kesempurnaa..!!

Saya ada terbaca satu journal yang best dari blog seseorang..journal tersebut membawa satu kesedaran bagi saya..membuatkan saya meyedari akan kesilapan yang telah saya lakukan..rasa sesal sekarang x ada gunanya lagi..hmm..=( Hargailah orang yang menyayangi kita selagi dia di sisi kita..Kadangkala kamu x menghrgai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi..Inilah pengajaran yang saya terima..


Kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu. Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja. Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup. Begitulah juga, Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang. Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja. Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu.

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak. tentu sukar untuk kamu menambalnya semula. Akhirnya ia dibuang. Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi. Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. MENGASIHIMU. Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lainKamu juga yang akan MENYESAL...





Bookmark and Share

CLiCK iKLaN DiSiNi SaNgAt BeSt..!!

Chat Zone

...My melody...


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

...Visitor...

...Since 14 March 2010... free counters