Cinta itu adalah suatu yang amat indah dan mengasyikkan. Cinta juga boleh mengakibatkan kedukaan dab kekecewaan di hati. Sebab itu ada orang yang gila kerana cinta, gila disebabkan kecewa dengan cinta. Setiap manusia pasti dianugerahkan cinta, tapi bukannya semua cinta itu akan menjadi realiti. Kita pasti menerima kekecewaan dahulu sebelum menemui cinta yang sebenarnya.
Bersahabat adalah lebih manis dari sebuah percintaan . Kenali hati budi dan diri masing-masing.
Persahabatan atau berkasih sayang umpama menemui sesuatu yang amat berharga. Ia juga seperti sebuah percintaan, jagalah ia dengan kesederhanaan. kemudian sampai masanya lepaskan dia dan jika dia datang semula, itulah sebenarnya yang dicari-cari. Mungkin itu dikatakan jodoh. Namun, jika sebaliknya kita perlu redha dan teruskan kehidupan baru.
2 comments:
yang pasti cinta memang menyeronokan
yup...=)
Post a Comment