Sahabat ketawa memang senang di cari tetapi sahabat di saat duka amat sukar di cari. Lebih-lebih lagi jika salah memilih sahabat. Kita tidak dapat lari dari bertemu sahabat yang seperti 'gunting dalam lipatan' atau 'musuh dalam selimut'. Sahabat yang sanggup mengkhianati sahabatnya sendiri demi kepentingan diri. Masalah yang timbul adalah kerana rasa iri hati, rasa tidak puas hati dan adakalanya kerana cinta.
Oleh itu, amatlah penting kita memilih sahabat yang ikhlas berteman dan boleh menjadi teman untuk kita di waktu suka dan duka. Sahabat seperti itu yang boleh membimbing kita ke arah kebaikan. Elakkan dari bersahabat dengan orang yang tidak berdisiplin, berkelakuan tidak sopan dan tidak tahu menghormati orang disekelilingnya. Sahabat seperti itu hanya akan memusnahkan hidup kita.
Amat sedih bila sahabat yang kita percaya dan sayangi sanggup berlaku tidak elok pada kita. Bukanlah sahabat andai dia suka menjaja cerita tantang sahabatnya sendiri. Di depan kita dia berlagak baik tapi di belakang semuanya buruk tentang kita. Jauhilah sahabat seperti itu kerana dia hanya akan membuat hidup kita tidak aman.
Hindarilah persahabatan yang terjalin dari sifat hasad dengki dan iri hati. Sucikanlah hati dan sayangi persahabatan yang terjalin, janganlah jadi seperti 'gunting dalam lipatan' dan musuh dalam selimut'. Ikhlaslah dalam bersahabat, semoga kita bertemu denga sahabat sejati..=)