Sayu dan sebak hati apabila membaca kisah duka ini. Lagi sebak dan pedihnya hati Teh Afifah apabila suami tercinta pergi begitu dalam sekelip mata. Mereka hanya sempat menjadi suami isteri sewaktu hayat hanya untuk waktu yang sangat singkat iaitu 3 jam. Tidak dapat aku gambarkan perasaan Teh Afifah, keluarga dan sahabat handai mereka yang kehilangan orang yang dicintai sekaligus. Terbunuh dalam kemalangan ialah bapa Mohd Ariff, Ab.KAdir Awang,58, ibunya Habsah Othaman,53 dan rakannya,Mohd. Farhan Musa,18.
Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepadaNYA kita akan kembali jua. Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah pada mereka yang terkorban. AL-Fatihah....
Mohd Ariff dan Teh Afifah sewaktu akad nikah
Keadaan kereta mangsa yang remuk teruk
Gerun bila memikirkan bilakah ajal kita pula?seperti apakah kita akan meninggal?Tapi yang pastinya setiap yang hidup pasti akan pergi jua dan kita tidak tahu dan bilakah ianya akan berlaku hanya Allah SWT yang mengetahuinya. Bila Dia berkata "KUn FAya Kun", Maka jadilah dengan kehendaknya.