CLicK IkLaN DiSiNi SanGaT BeSt..!!

Followers

Wednesday, October 28, 2009

SiNar KeBaHaGiAaN...

Matahari telah menampakkan sinarnya,manusia sudah berjaga dari tidur mereka untuk meneruskan kehidupan pada hari ini begitu juga untuk hari-hari yang seterusnya.Aku tidak terkecuali,bersiap-sedia untuk ke kolej menimba ilmu di dada untuk masa depanku.

Aku menuju ke destinasi yang ingin aku tuju dengan menaiki kenderaan awam pada hari ini kerana kebiasaanya ayah yang mengahantar aku ke kolej.Sebelum ke kolej,aku singgah dulu di Jalan TAR,jalan masjid india untuk mencari barang.

Sewaktu aku sedang leka memandang sekeliling,mata aku tertuju pada seorang anak kecil berumur sekitar tiga tahun yang menemani ayahnya yang kurang upaya(cacat pada kedua-dua belah kaki) menjaja untuk mencari sesuap nasi.Melihatkan keadaan ayah dan anak itu membuat hati aku tersentuh dan menaggis di dalam hati.Sungguh keadaan mereka membuatkan jiwa aku tersentuh.

Si ayah tidak menggunakan kecacatan yang dia hadapi sebagai batu penghalang dia untuk mencari rezeki yang halal buat dia sekeluarga.Dengan ketidakupayaannya aku melihat dia berjalan menggunakan kedua-dua belah tangannya sambil menolak gerobak kecil kerana si ayah kudung kedua-dua belah kaki sehingga paras peha dan si anak menuruti sahaja ayahnya dengan wajah yang sayu.Ya Allah sungguh pilu hati aku ini melihatkan keadaan mereka.

"Ya ALLAH berikanlah sinar kegembiraan dan kebahagiaan kepada mereka seperti mana Engkau menyinari bumi ciptaan MU ini YA ALLAH"

Mereka menghampiri aku,si ayah menyapa aku "dik beli dik?" aku melihat barang yang di jual seperti makanan ringan.Akhirnya aku mengambil keputusan untuk membeli coklat dengan harga yang agak mahal juga berbanding di kedai runcit dan 7eleven.Si ayah tersenyum gembira pabila aku ingin membeli barang niagaannya.Walaupun harga coklat itu agak mahal tapi aku tidak kisah,anggap sahaja dengan niat bersedekah.

Aku tabik dengan si ayah yang berhati waja dan tabah menghadapi dugaan hidup dalam keadaan seperti itu.Dia tidak menggunakan kecacatannya sebagai alasan untuk mengharapkan dari orang lain dan tidak berkerja.Dari situ aku mendapatkan pengajaran yang berguna iaitu janganlah mengharapkan bantuan dan ihsan dari orang selagi kita mampu untuk melakukannya.Tabah dan sabarlah menghadapi dugaan yang telah direncanakan oleh MAHA PENCIPTA kita ALLAH s.w.t.
Bookmark and Share

3 comments:

Watierman said...

Salam Adik Anakanda Yuni...Bonda kagum dengan keperihatinan Anakanda...moga pengajaran kita sama2 perolehi dari melihat kehidupan di sekitar kita...& sesungguhnya Kita Hamba yg sangat Bertuah!!!

U-Nie_sYa said...

salam bonda..
ya..sama2 la kita melihat kehidupan sekeliling kita..byk pengajaran yg akn kita dpt..
thanx krn sudi meluangkan masa membaca blog sy..=)

PuanPepel said...

semoga kita terus diberi kesihatan yang baek utk beramal kebajikan ke jalan-Nya... :)

Chat Zone

...My melody...


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

...Visitor...

...Since 14 March 2010... free counters