CLicK IkLaN DiSiNi SanGaT BeSt..!!

Followers

Friday, February 26, 2010

selamat menyambut "MAULIDUR RASUL 12 RABIULAWWAL 1431 HIJRAH"



Lahirnya seorang wira yang kita sanjungi lah bukan seorang bintang, artist atau actress yang dunia sekarang tergila-gilai malah seorang penbawa pentunjuk kepada umat-umatnya manusia yang diakhir zaman iaitu sekarang!~

Biodata Nabi Muhammad S.A.W Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya.


Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT?Justeru itu kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.


BIODATA RASULULLAH SAW:-

Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.·

Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).·

Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.·

Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.·

Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.·

Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).·

Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).·

Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 63 TAHUN· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.
Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحبه وسلم

Nabi Muhammad SAW - Manusia agong
KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W.SECARA LAHIRIAH DAN CONTOHILAH SIFAT_SIFAT MULIA YANG ADA PADA BAGINDA.













Wednesday, February 24, 2010

Exam nak dekat...huhu

Waktu peperiksaan semakin menghampiri aku..Gerun..!!dah la paper sem nie semuanya susah-susah..huhu..Jadi aku kena kurangkan aktiviti berblog dan menghilang diri buat seketika ..mood study nak exam nie..hehe..kawan-kawan wish me luck..k..^_*..Doa korang amat aku perlukan..=P





Sunday, February 14, 2010

Kisah disebalik Valentine's day.

Hari dah lewat malam, tapi mata aku ni tak juga boleh lelap. Jadi berkesempatan juga la aku buka blog dan tergerak hati nak tulis sesuatu kat ruangan ni.


Hari ni hari apa.?? siapa tahu angkat tangan.hehe. Hari ni hari ahad la..haha..Buat lawak lak aku ni. Kaum cina di negara kita pasti sedang sibuk merayakan sambutan Tahun Baru Cina. Gong Xi Fa Cai buat kaum Cina di Malaysia. Ada lagi satu sambutan pada hari ini yang pasti disambut pada 14 Februari setiap tahun. Hari yang ditunggu-tunggu oleh pasangan kekasih di seluruh dunia iaitu 'valentine day'.


Sekadar gambar hiasan. Bukan aku nak wish valentine.huhu


Apabila tibanya 14 Februari pasti pasangan bercinta mulalah sibuk mencari hadiah dan merancang aktiviti untuk mereka raikan bersama. Kononya hendak meraikan hari kekasih dan menzahirkan perasaan cinta mereka pada orang yang dicintai. Tak kan la masa VALENTINE je nak zahirkan perasaan.?




Tak kan la masa VALENTINE je nak zahirkan perasaan.huhu


Korang tahu ke VALENTINE tu apa?? Tahu ke disebalik kisah 'VALENTINE'S DAY' ni?? Setahu aku VALENTINE adalah nama seorang paderi, Pedro St. Valentino. 14 Februari tu sebenarnya hari kejatuhan kerajaan islam sepanyol. Paderi ni isytiharkan hari tu sebagai hari 'kasih sayang' sebab bagi dia pada Islam adalah ZALIM. Tumbangnya kerajaan islam sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. lagi pulak , paderi ni telah dijatuhkan hukuman mati disebabkan dia menentang penguasa Romawi masa tu. Jadi pengikut-pengikut paderi ni buat la hari mmperingati dia yang digelar VALENTINE DAY sebagai tanda kasih mereka pada paderi ni.

Jadi kenapa la korang sibuk-sibuk nak sambut valentine ni.? Padahal terang-terang sambutan orang mati dan sambutan hari VALENTINE yang mereka cipta adalah sebagai tanda kegembiraan mereka melihat kejatuhan orang ISLAM. Sukanya korang sambut hari VALENTINE seperti  korang meraikan kejatuhan ISLAM. MASYAALLAH..!!

Valentine bukanlah budaya orang islam, dan bukan juga resam orang melayu atau budaya lain di negara kita. Tetapi semua sibuk dan terikut-ikut nak menyambutnya tanpa memikirkan implikasinya. Kenapa perlu mengikut budaya orang kafir yang boleh menyimpangkan akidah kita sebagai umat Islam.

JAdi renung-renungkanlah..


Monday, February 8, 2010

Kehidupan seorang 'aku'.

Hahaha..geli lak baca tajuk entry aku ni. Bunyi macam bagus je, apa-apa pun hentam saje la.hehe

Dah lama aku tak update blog..bukan tak ada cerita nak share tapi agak sibuk dan penat. Jadi kalau dah penat tu timbul lah sikap pemalas..hehe

Seminggu nie memang penat la. Pagi-pagi dah keluar awal buka kedai, ayah tak ada seminggu nie pergi beli stock dekat jakarta so aku yang kena handle.

Petang pulak dalam jam 6 ada kelas, jadi dalam jam 5p.m dah kena tutup kedai dan siap-siap nak ke kelas. Nasib baik la jarak kedai dengan kolej tak jauh mana.huhu

Habis kelas 9 malam terus je aku gerak balik. Biasanya ayah yang jemput disebabkan ayah tak ada untuk seminggu nie terpaksa la aku beranikan diri menaiki bus dan berjalan malam. Jalan menuju bus stop ke kawasan rumah tu yang gerun..huhu..

Sampai rumah agak lewat dalam jam 10malam. Orang tua-tua kata tak baik dan tak manis kalau anak dara balik malam. Tapi aku balik lewat kerana terpaksa. Peduli la orang nak pandang serong, yang pastinya aku tak buat apa-apa.=P

Kalau la aku pandai dan berani bawa kereta kan senang. Tak ada la aku kena naik bus setiap hari. Nak balik lewat pon tak la takut sangat. Ada lesen kereta tapi tak leh pakai. 'P' lak dah tamat tempoh tapi tak juga berani nak bawa.hmm..

Selalu kena bebel dengan ayah dan ibu disebabkan sampai sekarang tak reti-reti nak drive. Bukannya tak reti tapi gabra. Sekarang nie tengah mencari keberanian nak drive. Tapi tak tahu la bila keberanian tu nak muncul..huhu




Tuesday, February 2, 2010

Jom Kita Ketawa...hahahahaha...



Nak awet muda? Kena selalu ketawa.
Nak senangkan hati? Mesti selalu ketawa. 
Nak kasi ramai orang suka kat kita? Kena pandai buat lawak ( tapi yang kena pada tempatnya...)




Jadi apa lagi jom ramai-ramai pakat ketawa...hahahahaha..Tapi jangan la dok ketawa 24jam kang orang kata kita gila pulak..=P

Bila ketawa tu jangan terlalu teruja sangat sampai terbahak-bahak..sampai tersembur-sembur air liur dan hingus tu...eee...!!geli aku..yurk!!





Buat malu je kalau depan awek or pakwe, korang buat pangai cantu...hahaha










CLiCK iKLaN DiSiNi SaNgAt BeSt..!!

Chat Zone

...My melody...


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

...Visitor...

...Since 14 March 2010... free counters