CLicK IkLaN DiSiNi SanGaT BeSt..!!

Followers

Thursday, November 26, 2009

SeLaMat HaRi RaYa KoRbAn..


Eid Mubarak / Hari Raya Aidiladha by بلال ميرزا.

Kenapa la hari ini mood aku rasa tak baik.??Rasa tak sedap badan dan buat itu, ini semuanya rasa malas jer..hmm. Mungkin sebab aku datang bulan agaknya tu yang mood tak elok. Hari ini sepatutnya aku ada kelas tapi disebabkan sakit segugut+malas merasuk jiwa, jadi aku pon ponteng la dan tipu sunat dengan ayah kata hari ini tak ada kelas.jahat kan aku??tak apa buat dajal sekali-sekala..hehe

Esok hari raya aidiladha bakal menjelma jadi macam-macam benda nak kena buat. Tadi pergi belanja beli barang dapur dan barang makanan lain seperti kuih,kek dan air minuman untuk raya esok. Lepas tu kena kemas rumah walaupun dengan terpaksanya, kemas gak rumah aku kerjakan. Sediakan bahan-bahan masak kupas bawang, siang ikan dan macam-macam lagi la. Aduyai sebenarnya memang malas nak buat tapi disebabkan aku sorang je yang ada kat rumah jadi nak tak nak kena juga la buat. Ingatkan tak pergi kolej boleh la relax dan baring-baring tapi sebaliknya.huhu

Ok!berbalik pada Hari Raya Aidiladha. Sambutan hari raya aidiladha tidak lah semeriah hari raya aidifitri, tapi tetap juga diraikan dalam keadaan sederhana maksudnya tak ada la baju raya baru atau masak macam-macam jenis kuih dan makanan. Bestnya raya bila terdengar takbir raya diwaktu pagi raya terasa sungguh syahdu sekali dan berkunjung ke rumah jiran dan saudara mara jadi dapat la makan free yang sedap-sedap. ^_^

Hari raya aidiladha atau juga dikenali dengan hari raya korban. Aku paling takut tengok lembu kena sembelih, rasa kesian tengok lembu tu kena sembelih dan lembu tu mengelupur lepas kena sembelih..huhu..seram aku tengok!cuba bayangkan manusia yang mati di sembelih? Jadi bila aku dah kesian kat lembu tu terus aku tak lalu nak makan daging lembu, itu kalau aku tengok lembu tu kena sembelih secara live la..hehe Kalau hari biasa makan je.=P

Dah 2 kali raya tahun ini aku tak dapat sembahyang hari raya. Rasa sedih la tak dapat nak join sembahyang raya kali ini dan beramai-ramai dengan umat islam yang lain mengerjakan solat hari raya.

Selamat menyambut HARI RAYA AIDILADHA kawan-kawan. Semoga berbahagia dan bergembira bersama keluarga dan orang tersayang..^_^

3 comments:

sI tEDI said...

salam aidiladha

U-Nie_sYa said...

salam aidiladha gak tedi.=)

Arief Arf said...

salam aidiladha!
X)

Chat Zone

...My melody...


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

...Visitor...

...Since 14 March 2010... free counters