CLicK IkLaN DiSiNi SanGaT BeSt..!!

Followers

Monday, November 30, 2009

ApA aDa sEbEnArNyA denGaN 2012?


Betulkah kiamat akan terjadi pada 2012? Benarkah ianya akan benar-benar terjadi? seperti filem 2012 yang memaparkan tentang terjadinya hari kiamat, bencana besar-besaran dan kemusnahan bumi.

Sebenarnya ada kajian daripada ahli falak maya yang berjaya meramalkan gerhana bulan dan matahari serta perjalanan bintang-bintang hampir tepat seperti mana yang disahkan oleh kajian moden. Maya sememangnya suatu tamadun penuh misteri yang terletak di Amerika Selatan. Kalender kaum itu didapati sofistikated, yang anehnya takwimnya terhenti pada tahun 2012. Imaginasi manusia juga disaluti dengan keupayaan mengaitkan ianya ke dalam agama, seni dan misteri. Maka timbullah pemikiran bahawa terhentinya kalender maya pada tahun 2012, lebih tepat lagi 21 becember 2012, bermakna itulah tarikh kiamat.

Pada 2012 dikatakan akan berlaku perubahan gelagat matahari hingga membawa kesan kepada keadaan teras bumi. Keadaan itu akan menyebabkan bumi bergerak dan berlakunya letusan gunung berapi yang besar, gempa bumi, tsunami dan banjir besar. Seperti dalam filem 2012, bumi ditengelami air dan bencana alam yang amat dasyat dan sebahagian hanya dapat diselamatkan dengan menaiki 4 buah bahtera yang dirancang bagi menghadapi kiamat.

Banyaknya berlaku bencana alam dan kemusnahan sejak akhir-akhir ini seperti yang kita tahu mengukuhkan lagi rasa bimbang dunia. Bumi sedang mengalami perubahan iklim akibat pemanasan global. Ianya disumbangkan oleh pengeluaran karbon oleh manusia. Jadi kitalah yang memusnahkan bumi secara perlahan-lahan.

Tidaklah dapat dijangka bilakah bencana besar-besaran atau kiamat akan berlaku kerana itu hanyalah kekuasaan Allah s.w.t. Bila-bila masa saja kiamat boleh berlaku dan yang pastinya tiada siapa yang benar-benar mengetahui bilakah ia terjadi. Tapi yang nyata, peningkatan paras air laut hampir pasti berlaku dan banyak kawasan akan ditengelami hingga merubah peta muka bumi.

Apa yang kita boleh lakukan untuk menyelamatkan bumi kita daripada musnah? Kita perlu mengubah cara hidup kepada lebih mesra alam dan memelihara alam sekitar. Selain dari memelihara alam sekitar apakah yang boleh dilakukan? Manusia boleh berfikir untuk mengelak daripada bencana tapi ada satu hal yang perlu kita hargai iaitu kehidupan dan nilai-nilainya kerana semuanya adalah sementara.

Sebagai orang yang beragama islam, keimanan adalah paling utama. Apa yang paling patut kita hargai sekarang ini adalah kasih sayang. Jadi hargailah orang disekeliling kita. Bayangkan apabila bencana tiba, tentu yang kita fikirkan ialah mereka yang dekat dihati seperti ibu, ayah, adik-beradik, tunang, kekasih, sanak saudara, sahabat dan kawan. Itulah yang difikirkan apabila sampai pada tarikh 21 December 2012.


8 comments:

amir said...

yup...
crite 2012,mbuatkn sy t'fkir...kte ni hdup x lame,hr kiamat bile2 mase je bleh jd...x smestinyer taun 2012,klau ditkdirkan sok pun leh kiamat...hargai pe yg kamu miliki n sayangi hr nie...sbb kte xtaw esok still de mase

U-Nie_sYa said...

yup tol tue..hanya Allah saja yg tahu..
just andaikan jika 2012 adalah hari kiamat..
cz ape yg difilemkan itu adalah mengikut kajian..
konon dlm kajian menyatakan akn berlaku bencana besar pada 2012..

Arief Arf said...

tu sume tipu belaka je..
its a hoax..
diorang saje buat camtu untuk promote filem tu..
marketing strategy je tu..

mier@merr said...

walaupun tu cume citer..
kalau kiter bfikir dr sudut positif..

kite mmg tak tau pun kan kiamat bile...tp bile smpai msnya..tetap akan jadi.. so..hargai la apa yg kita ada skarang...

U-Nie_sYa said...

Arief : skrg nie bukan masalah 2012. kalo Allah nak bumi nie musnah, sekelip mata boleh berlaku.

miera : Yup tol tue miera kiamat tetap akan berlaku dan ajal pasti akn menjemput kita, cuma kita tak tahu bila ianya akan berlaku..skrg ini hargailah setiap perkara dan orang disekeliling kita..kerana hidup kita di muka bumi ini hanyalah sementara.

eQeEn si rAma2! said...

jmpe ur blog :D

FdausAmad said...

salam,

Gua nak ajak lu dtg lepak blog gua.Rilek rilek.

selambe...

U-Nie_sYa said...

nnti wa join..hikhik

Chat Zone

...My melody...


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

...Visitor...

...Since 14 March 2010... free counters