CLicK IkLaN DiSiNi SanGaT BeSt..!!

Followers

Friday, December 25, 2009

PeRcUtiaN Ke LangKawi..



Hari Pertama.

Pemandangan sepanjang perjalanan

Memulakan perjalanan sebelum waktu subuh lagi dari Kuala Lumpur ke Kedah. Perjalanan memakan masa selama 7-8 jam. Melintasi negeri Selangor, Perak dan Penang untuk sampai ke Langkawi,Kedah.

Negeri Kedah

Negeri Kedah sinonim dengan gelaran negeri jelapang padi. Sepanjang perjalanan di Kedah kiri dan kanan jalan hanya ada pemandangan luas sawah padi.

Menurunkan barang-barang dari kenderaan.

Tepat jam 1 petang Alhamdulillah kami selamat sampai di Kuala Kedah.


Bersolat zuhur sebentar di Masjid India sebelum meneruskan lagi perjalanan untuk ke Langkawi.

Di jeti Kuala Kedah.

Tiket ke Langkawi untuk dewasa berharga RM 23 dan kawak-kawak berharga RM 17.

suasana di dalam ferry. Sempat lagi pose..hehe

Berada di dalam ferry menuju ke Langkawi pada jam 3.00ptg. Perjalanan memakan masa selama 1 jam lebih. Ini bukanlah kali pertama aku menaiki ferry, jadi tak ada terasa takut atau rasa mual. Sebelum menaiki ferry makan dahulu, jangan biarkan perut dalam keadaan lapar. Takut nanti termuntah pula..huhu

Pemandangan dari dalam kapal

Akhirnya sampai juga di Langkawi tepat jam 4.30ptg.

Sedang kebusanan menunggu van sewa datang.

Bila sampai di Langkawi terus mencari kenderaan untuk disewa. Amat mudah mencari kenderaan kerana akan ada orang yang offer kenderaan syarikat mereka untuk kita sewa. Kami menyewa van yang boleh memuatkan 12 orang. Sewa van untuk 3 hari berharga RM350 sahaja.

Hotel Vistar


Nak dapatkan hotel pada waktu cuti di Langkawi memang amat sukar. Selepas pening-pening cari sekeliling Pantai Cenang tapi tak juga jumpa akhirnya jumpa juga hotel di Pantai Tengah. Suasana sekitar hotel ini memang nyaman kerana dikelilingi banyak pokok buluh. Sewa hotel untuk 2 malam berharga RM 500 untuk 2 bilik.


Aktiviti untuk hari pertama di Langkawi tidak banyak dapat dilakukan kerana agak lewat sampai di sana. Hanya bersiar-siar dan makan pada waktu malam di pasar Pantai Cenang.

HaRi Ke-2

Pantai Cenang

pemandangan indah di Pantai Cenang

Hidupan laut yang ada di pesisir Pantai Cenang

Bermain pasir sudah semestinya bila sudah berada di pantai..hehe

Kami mandi-mandi di pantai cenang pada jam 8.00 a.m. Air laut di pantai cenang waktu itu surut jadi boleh mandi jauh sikit. Tapi bila air mula pasang kelam-kabut berenang ke pantai. Dah malas nak mandi jadi aku dan adik-adik mencari hidupan laut di pesisir pantai dan bermain pasir. Best sangat main pasir, terasa seperti budak-budak..hehe

pose aku dan adik sewaktu busan..kebusanan menunggu yang lain..

Port Pemandangan Indah

Di "Port Pemandangan Indah"

Dari puncak pemandangan indah ini kita boleh melihat lapangan terbang di Langkawi. Selain itu terdapat taman dan batu-bata besar yang mencantikkan lagi kawasan tersebut.


Makam Mahsuri

Makam Mahsuri.

Perkampungan Kedah dan rumah Mahsuri.

Perigi Mahsuri dan pemandangan Indah dari perigi Mahsuri.

Lukisan dan peti lama di Muzium Mahsuri.

Antara binatang yang ada di Makam Mahsuri.

Tiket masuk untuk ke makam Mahsuri berharga RM 5 untuk orang dewasa dan RM 2 untuk kanak-kanak. Selain Makam Mahsuri, disini terdapat juga perkampungan Kedah dan kita boleh melihat dengan lebih dekat rumah Mahsuri dan perkampungan melayu. Selain itu terdapat juga mini Zoo dan muzium Mahsuri.

Langkawi Cable car
Langkawi Cable Car.

Terminal cable car sebelum ke puncak.

Pemandangan di jambatan gantung.


Pemandangan dari atas puncak.

Aktiviti seterusnya di Langkawi cable car. Menjajaki kaki ke kawasan ini seperti di negara luar. Tiket untuk menaiki cable car berhaga RM 30 untuk orang dewasa dan RM 20 untuk kanak-kanak. Jika pergi pada waktu cuti kita terpaksa bersabar untuk menunggu giliran. Bila sampai di atas puncak kita boleh melihat pemandangan yang indah.

Hari ke-3

Memulakan pengembaraan dengan menaiki bot seawal jam 9 pagi. Aktiviti ke Pulau-pulau yang ada di sekitar Langkawi. Sewa untuk 1 bot berharga RM 250 untuk 3 jam.

Menaiki bot

Pulau Dayang Bunting & Tasik Dayang Bunting

Pulau Dayang Bunting. Kelihatan seperti wanita mengandung sedang berbaring.

Tasik Dayang Bunting di tengah-tengah pulau.

Peta Pulau Dayang Bunting.

Pulau pertama yang kami singgah ialah Pulau Dayang Bunting. Pulau ini terdapat cerita dan lagendanya tersendiri. Pulau ini dari pemandangan jauh kelihatan seperti wanita mengandung yang sedang berbaring. Di tengah-tengah pulau terdapat tasik yang mendamaikan mata yang memandang.

Pulau Helang


Pulau Helang

Di Pulau Helang ini terdapat banyak burung helang. Kita hanya boleh melihat burung-burung dari dalam bot sahaja. Burung Helang berkeliaran di sekeliling pulau untuk mendapatkan makanan yang diberikan oleh pengemudi bot.

Pulau Beras Basah

Pulau Beras Basah

Pulau Beras Basah adalah pulau terakhir yang kami singgah. Di pulau ini terdapat terumbu karang yang cantik, tapi disebabkan tsunami pada tahun 2004 iannya telah merosakkan terumbu karang yang ada di sekitar pulau.

Dataran Helang

Dataran Helang

Berehat sambil menikmati pemandangan di Dataran Helang.

Time to shopping

shopping

Sebelum berangkat untuk pulang kami sempat juga membeli coklat dan peralatan pinggan mangkuk di Kedai Haji Ismail Group.


Hari Ke-4


Masa untuk balik dari jeti Langkawi ke jeti Kuala Kedah. Perjalanan memakan masa 1 jam lebih. Sampai saja di Kuala Kedah berehat dahulu dan selepas itu kami terus meneruskan perjalan pulang ke KL.Selamat tinggal Langkawi...I Love Langkawi..!!





2 comments:

myQza said...

seronoknye bercuti!

U-Nie_sYa said...

yer mmg seronok..=)

Chat Zone

...My melody...


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

...Visitor...

...Since 14 March 2010... free counters