CLicK IkLaN DiSiNi SanGaT BeSt..!!

Followers

Tuesday, January 12, 2010

Isu kalimah ALLAH.


Entry aku kali ini bukan hendak menyalahkan sesiapa dan bukan juga hendak menyatakan yang mana baik dan yang mana tidak. Tapi atas sebab aku juga anak Malaysia dan berhak untuk mengambil tahu perkara-perkara yang berlaku di negara ini, jadi atas sikap itu aku hendak berkongsi 'Isu Panas' yang sedang melanda negara kita.

Negara telah di gemparkan dengan kebakaran dan kerosakkan yang berlaku di 8 buah gereja di seluruh Malaysia. Perkara ini berlaku selepas hebohnya penggunaan kalimah ALLAH oleh akbar Herald-The Chatolic Weekly. Mungkin mereka melakukan perkara itu sebagai tanda protes ke atas penggunaan kalimah ALLAH.

Apa yang aku tahu kalimah 'ALLAH' adalah perkataan dari bahasa arab yang bermaksud 'TUHAN'. JAdi adakah penggunaan kalimah ALLAH oleh agama lain adalah salah?? Mahkamah tinggi negara juga telah membenarkan penggunaan kalimah ALLAH bagi agama lain. Tapi kenapa isu ini kembali berbangkit.?? Negara-negara islam lain juga membenarkan penggunaan kalimah ALLAH bagi agama lain, contoh negara yang paling dekat adalah negara jiran kita Indonesia.

Disebabkan isu ini ada pihak politik yang sengaja mengambil kesempatan dengan menyatakan yang BN tidak mampu menangani gajala ini, menuduh UMNO adalah dalang disebalik kekecohan ini. Aku bukanlah penyokong BN, tetapi kenyataan yang membuta-tuli itu yang menyokong sesuatu pendirian yang tidak pasti kesahihannya hanya akan memburukkan lagi keadaan dan merugikan rakyat islam dan agama lainnya.

Jalan terbaik bagi menyelesaikan isu ini adalah dengan menggunakan pendekatan rundingan. Rakyat Malaysia yang pelbagai kaum, bangsa dan agama perlu bersama-sama dan bertolak ansur dalam menangani isu ini supaya keharmonian dan kesejahteraan negara kita selama ini akan tetap terpelihara.

Sila rujuk link di bawah ini.



11 comments:

myQza said...

yup! bukan cara bom mengebom!

Just Call Me Qamar said...

lol..comen je..folllow tak nak lakk!!
letakla chat box,, senang nak msj

Just Call Me Qamar said...

salam, kalau awak kata rundingan tu sbg pendekatan yg komprehensif, mungkin itu pandangan anda.
tapi isu sekarang, ramai pihak yg cuba berusaha untuk memansuhkan atau mencabar perkara 11 berkaitan hak keistimewaan agama islam...
tak percaya,
lihat sahaja kes lina joy... tentu ramai yg masih ingat bukan, bgmana phk gereja b,usaha memurtadkan org ISLAM kita.
klu hak eksklusif berkaitan kalimah ALLAH jatuh ke tangan mereka, kesan akn dtg mungkin menular hingga menggugat perkara 11 perlembagaan persekutuan.

U-Nie_sYa said...

Kalimah Allah adalah kalimah ”rahmat” sekelian Alam. Allah SWT adalah tuhan yang bukan sekadar disembah oleh Orang islam, sebaliknya wajib disembah juga oleh orang-orang selain beragama Islam. cumanya, tafsiran bagi kalimah Allah itu pelbagai dikalangan manusia.

Kalau berlaku peningkatan anak Melayu yang menjadi Kristian, itu pada dasarnya adalah petanda kegagalan dalam menanam ilmu agama dalam diri mereka. Bukan kerana kekeliruan akibat penggunaan nama Allah oleh pendakwah Kristian.

U-Nie_sYa said...

Surah Al-Ankabut : 61

وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ فَأَنَّى يُؤْفَكُونَ

Maksudnya;
“Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: "Siapakah yang menjadikan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan?" Tentu mereka akan menjawab: "Allah", maka betapakah mereka (dapat) dipalingkan (dari jalan yang benar)”

(Surah Al-Ankabut : 61)

Ayat ini, dengan jelas orang bukan Islam menjawab “Allah” dikala ditanya oleh Nabi SAW tentang siapa pencipta langit dan bumi. Selepas menyebut kalimah Allah oleh orang bukan Islam ini, Allah tidak pernah menyuruh Nabi SAW menyerang atau menghalang mereka daripada menyebut kalimah “Allah” tersebut.

Just Call Me Qamar said...

ntah la nak kata mcm mn.. tapi stahu aku, kalimah ALLAH ni hnya di bolehkan ke atas agama wahyu dan bukannya agama ciptaan dan gubahan manusia, Tok guru sendiri pun ada kata, agama nasrani old tastement boleh guna dan bukannya new tastement... dekat ctu pun dah jelas hanya agama yang datang daripadaNYA sahaja yang di rahmati. nak ulas benda ni susah jg sb kita bukannya pakar, klu pun anda bentangkan 1000 hadis sahih skalipun tidak akn membawa apa2 makna, sebab hadis memerlukan penafsiran daripada golongan ulama, dan kita tidak boleh sewenang2nya mentafsirkan mengikut pemahaman kita...

Anonymous said...

ok bro..xde statement lg nak dibuat..biar je la perkara nie org2 yg bijak pandai slesaikan..kita sebagai permerhati saje..

Just Call Me Qamar said...

yup betul...lagi pun klu kita lebih2 nanti kena ISA lak... tengok member sekor tu dah kena naik mahkamah sb tulis kt FB dia je

U-Nie_sYa said...

btol tue...negara kita ini org nak protes n luahkan pendapt pon xbleh..kate negara demontrasi tp segala pendapat rakyat tak diendahkan..hmm..jika bg pendapat lebih2 silap hari bulan masuk ISA lak cam Raja Petra..huhu..

Just Call Me Qamar said...

tak le gak nak salahkan pemimpin kita... sb klu kebebasan keterlaluan pun.. akan ada pihak ambil kesempatan... last2 skali kita sdn pun hilang hak di hari muka.. tak pasai2 generasi kita di masa hadapan yg terasa bahangnya

Anonymous said...

tapi bro x salah kan kalau nak meluahkan pendapat..xkan la nak mendegar cter di sebelah pihak aje..??

Chat Zone

...My melody...


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

...Visitor...

...Since 14 March 2010... free counters