CLicK IkLaN DiSiNi SanGaT BeSt..!!

Followers

Monday, November 30, 2009

ApA aDa sEbEnArNyA denGaN 2012?


Betulkah kiamat akan terjadi pada 2012? Benarkah ianya akan benar-benar terjadi? seperti filem 2012 yang memaparkan tentang terjadinya hari kiamat, bencana besar-besaran dan kemusnahan bumi.

Sebenarnya ada kajian daripada ahli falak maya yang berjaya meramalkan gerhana bulan dan matahari serta perjalanan bintang-bintang hampir tepat seperti mana yang disahkan oleh kajian moden. Maya sememangnya suatu tamadun penuh misteri yang terletak di Amerika Selatan. Kalender kaum itu didapati sofistikated, yang anehnya takwimnya terhenti pada tahun 2012. Imaginasi manusia juga disaluti dengan keupayaan mengaitkan ianya ke dalam agama, seni dan misteri. Maka timbullah pemikiran bahawa terhentinya kalender maya pada tahun 2012, lebih tepat lagi 21 becember 2012, bermakna itulah tarikh kiamat.

Pada 2012 dikatakan akan berlaku perubahan gelagat matahari hingga membawa kesan kepada keadaan teras bumi. Keadaan itu akan menyebabkan bumi bergerak dan berlakunya letusan gunung berapi yang besar, gempa bumi, tsunami dan banjir besar. Seperti dalam filem 2012, bumi ditengelami air dan bencana alam yang amat dasyat dan sebahagian hanya dapat diselamatkan dengan menaiki 4 buah bahtera yang dirancang bagi menghadapi kiamat.

Banyaknya berlaku bencana alam dan kemusnahan sejak akhir-akhir ini seperti yang kita tahu mengukuhkan lagi rasa bimbang dunia. Bumi sedang mengalami perubahan iklim akibat pemanasan global. Ianya disumbangkan oleh pengeluaran karbon oleh manusia. Jadi kitalah yang memusnahkan bumi secara perlahan-lahan.

Tidaklah dapat dijangka bilakah bencana besar-besaran atau kiamat akan berlaku kerana itu hanyalah kekuasaan Allah s.w.t. Bila-bila masa saja kiamat boleh berlaku dan yang pastinya tiada siapa yang benar-benar mengetahui bilakah ia terjadi. Tapi yang nyata, peningkatan paras air laut hampir pasti berlaku dan banyak kawasan akan ditengelami hingga merubah peta muka bumi.

Apa yang kita boleh lakukan untuk menyelamatkan bumi kita daripada musnah? Kita perlu mengubah cara hidup kepada lebih mesra alam dan memelihara alam sekitar. Selain dari memelihara alam sekitar apakah yang boleh dilakukan? Manusia boleh berfikir untuk mengelak daripada bencana tapi ada satu hal yang perlu kita hargai iaitu kehidupan dan nilai-nilainya kerana semuanya adalah sementara.

Sebagai orang yang beragama islam, keimanan adalah paling utama. Apa yang paling patut kita hargai sekarang ini adalah kasih sayang. Jadi hargailah orang disekeliling kita. Bayangkan apabila bencana tiba, tentu yang kita fikirkan ialah mereka yang dekat dihati seperti ibu, ayah, adik-beradik, tunang, kekasih, sanak saudara, sahabat dan kawan. Itulah yang difikirkan apabila sampai pada tarikh 21 December 2012.


Thursday, November 26, 2009

SeLaMat HaRi RaYa KoRbAn..


Eid Mubarak / Hari Raya Aidiladha by بلال ميرزا.

Kenapa la hari ini mood aku rasa tak baik.??Rasa tak sedap badan dan buat itu, ini semuanya rasa malas jer..hmm. Mungkin sebab aku datang bulan agaknya tu yang mood tak elok. Hari ini sepatutnya aku ada kelas tapi disebabkan sakit segugut+malas merasuk jiwa, jadi aku pon ponteng la dan tipu sunat dengan ayah kata hari ini tak ada kelas.jahat kan aku??tak apa buat dajal sekali-sekala..hehe

Esok hari raya aidiladha bakal menjelma jadi macam-macam benda nak kena buat. Tadi pergi belanja beli barang dapur dan barang makanan lain seperti kuih,kek dan air minuman untuk raya esok. Lepas tu kena kemas rumah walaupun dengan terpaksanya, kemas gak rumah aku kerjakan. Sediakan bahan-bahan masak kupas bawang, siang ikan dan macam-macam lagi la. Aduyai sebenarnya memang malas nak buat tapi disebabkan aku sorang je yang ada kat rumah jadi nak tak nak kena juga la buat. Ingatkan tak pergi kolej boleh la relax dan baring-baring tapi sebaliknya.huhu

Ok!berbalik pada Hari Raya Aidiladha. Sambutan hari raya aidiladha tidak lah semeriah hari raya aidifitri, tapi tetap juga diraikan dalam keadaan sederhana maksudnya tak ada la baju raya baru atau masak macam-macam jenis kuih dan makanan. Bestnya raya bila terdengar takbir raya diwaktu pagi raya terasa sungguh syahdu sekali dan berkunjung ke rumah jiran dan saudara mara jadi dapat la makan free yang sedap-sedap. ^_^

Hari raya aidiladha atau juga dikenali dengan hari raya korban. Aku paling takut tengok lembu kena sembelih, rasa kesian tengok lembu tu kena sembelih dan lembu tu mengelupur lepas kena sembelih..huhu..seram aku tengok!cuba bayangkan manusia yang mati di sembelih? Jadi bila aku dah kesian kat lembu tu terus aku tak lalu nak makan daging lembu, itu kalau aku tengok lembu tu kena sembelih secara live la..hehe Kalau hari biasa makan je.=P

Dah 2 kali raya tahun ini aku tak dapat sembahyang hari raya. Rasa sedih la tak dapat nak join sembahyang raya kali ini dan beramai-ramai dengan umat islam yang lain mengerjakan solat hari raya.

Selamat menyambut HARI RAYA AIDILADHA kawan-kawan. Semoga berbahagia dan bergembira bersama keluarga dan orang tersayang..^_^

Wednesday, November 25, 2009

Ku PeRcAyA aDa cInTa..




Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati..
Tidak hati ini..
Semenjak dari mula ku yakin ada cinta..
cintalah yang memungkinkan segala.........................continue.


p/s Ini lagi satu lagu kesukaan aku..sangat-sangat suka dengan lirik dan melodi lagu ini..I give 5 stars for this song...suara siti yg lemak merdu tu sangat bersatu dengan lagu, inilah yang membuatkan lagu Ku Yakin Ada Cinta menjadi hidup dan penuh perasaan..

Sunday, November 22, 2009

iSyArAt cInTa..


Bicara soal cinta, tak kira apa jua situasinya, sama ada kita di sekolah, tempat kerja atau di mana saja, pasti akan terpesona pada seseorang insan. Adakalanya, individu istimewa itu ada yang menepati cita rasa dan kemahuan kita dan ada pula yang secara tak langsung kita terpikat padanya tanpa sebarang sebab! Mungkin itu dinamakan cinta atau 'crush'

Bagaimana agaknya reaksi kita ketika bertembung dengan nya? Tersipu malu atau berlagak selamba.? Begitu juga jika ada jejaka atau gadis yang menaruh hati pada kita tapi takut untuk berterus terang. Mungkin si dia, takut untuk menerima hakikat bahawa kamu sudah mempunyai kekasih atau malas melayan perasaan cintanya.

Cuba kamu perhatikan reaksi dan pandangan matanya. Hah! tentu lain bukan. Berdasarkan renungan mata yang tajam sambil melemparkan sebuah senyuman yang bisa mengegar jantung, boleh menyatakan sesuatu makna yang tersirat maksudnya. Tapi bagi yang berani, tentu saja sudah meluahkan apa yang terpendam dihati. Sungguhpun begitu, bukan semua yang berani menyatakan cintanya. Lirikan mata dan senyuman boleh digunakan untuk menyampaikan maksud yang beraja dihati.

Setiap orang pasti pernah melalui dan merasai sendiri perasaan seperti ini. Betul kan.? Aku juga tidak terkecuali mengalami perasaan tersebut. Sikap kita akan berubah setiap kali kita berhadapan dengan orang yang kita cintai. Bila pandangan bertembung, cepat-cepat melarikan pandangan itu seperti ada satu getaran di jiwa bila melihat si dia dan selalu curi-curi pandang pada si dia. Control ayu! Buat itu dan ini rasa tidak selesa semua rasa seperti dikawal. Muka merah padam dan terasa malu bila si dia mengusik atau menyapa. Malu konon! tapi di dalam hati sudah berbunga-bunga. Gelisah dan tak senang duduk apabila si dia di hadapan mata, semua kerja yang dilakukan serba tidak menjadi.

Situasi begitu yang akan terjadi saat aku berhadapan dengan si dia yang aku cintai. Mungkin, kawan-kawan juga pernah mengalaminya..^_^

p/s dah lama tak rasa perasaan ini..time first love rasanya..=)


Friday, November 20, 2009

Magik! Intai 'rahsia' hatimu...


Gerak hati atau firasat adalah kurniaan paling berharga. Semua individu memilikinya. Yang berbeza hanyalah cara bagaimana ia diungkapkan. Ada yang cepat 'menangkap' makna tersirat. Ada pula yang masih terpisat-pisat.

Eksplorasi minda ini membawa kamu menerawang ke alam magik!Mudah saja caranya. jawab soalan yang diberi dengan seikhlas hati. Ia bakal menceritakan siapa dirimu...Jom mulakan sekarang.!!

1. Tulis nombor 1 hingga 11 dalam satu kolum(berturutan ke bawah)

2. Di sebelah nobor 1& 2, Tuliskan dua nombor yang kamu suka. Nombor apa-apa saja.

3. Di sebelah nombor 3 & 7, tuliskan nama individu berlainan jantina dengan kamu. Jangan tulis nama yang sama. Gunakan gerak hati ya!

4. Di sebelah nombor 4,5 & 6, tuliskan nama sesiapa saja yang kamu sayangi (keluarga atau kawan-kawan)

5. Tuliskan empat tajuk lagu di nombor 8,9,10,11


* Peringatan satu nombor satu jawapan.
* Dilarang melihat jawapan.!!Buat dahulu baru lihat..=)

......................................................................................................


Jawapan :

1. Bilangan individu yang akan kamu beritahu tentang permainan ini.(Jawapan untuk no.2)

2. Nama individu di no.3 adalah si dia yang kamu cinta.hehehe

3. Nama individu di nombor 7 adalah si dia yang kamu tak berapa suka tetapi masih boleh dipertimbangkan..wooo!!

4. Kamu paling perihatin dan ambil berat terhadap individu yang di nombor 4

5. Individu di nombor 5 adalah si dia yang amat memahami diri kamu

6. Si dia yang kamu namakan di nombor 6 adalah pembawa tuah kamu

7. Tajuk lagu di nombor 8 adalah untuk individu di no.3

8. Tajuk lagu di no.9 adalah untuk individu no.7

9. jawapan no.10 adalah lagu yang menceritakan tentang pemikiran dan pandangan kamu.

10. Lagu untuk no.11 adalah lagu yang menceritakan mengenai apa yang kamu rasakan tentang kehidupan ini.


Jadi macam mana jawapan kamu?? Terkejut? hehe..Ia sekadar permainan dan secara kebetulan. Yang penting kamu ikhlas memberi jawapan...


Tuesday, November 17, 2009

AnGkArA SeLiPaR..

Selipar oh selipar..!!jasamu sungguh banyak kerana menjadi alas atau perisai pada tapak kaki dari terkena kotoran dan tercedera..Tapi hati-hati juga dalam memilih selipar untuk dipakai seharian. Carilah selipar mengikut kesesuaian kaki.

Nak di jadikan cerita..bukan saja-saja nak buat entry pasal selipar ini tapi ada kisah disebalik selipar. Mungkin setiap orang ada kisah dan pengalaman yang tersendiri dengan selipar yang you all pakai.

Aku juga ada kisah yang hendak dikongsi dengan you all berkenaan dengan selipar. Kelakar ada, sedih pun ada dan termasuk sakit pun ada, jadi macam-macam ada.hehe



lukisan selipar yang tak berapa nak jadi...hehe

Kisah 1

Time aku berjalan dengan santai dengan selipar yang aku pakai. Tiba-tiba ada benda yang memijak belakang selipar aku. Aku hilang keseimbangan badan dan akhirnya..Aku jatuh tersungkur..dush!! Aku terkejut dengan apa yang berlaku sebab tiba-tiba je jatuh padahal aku jalan ok je..Masa itu aku rasa malu+sakit+geram glerr dengan orang yang buat aku jatuh tu tapi lepas dia minta maaf tak ada la aku tunjuk marah kat dia.

Kisah 2

Pada masa itu aku hendak melintas jalan dalam keadaan hujan renyai-renyai. Waktu itu keadaan jalan raya sesak jadi aku rasa dengan mudahnya aku dapat melintas jalan. Tapi apa yang aku sangka tidak semudah yang aku fikirkan. Sebabnya ketika aku dipertengahan jalan tiba-tiba selipar yang aku pakai putus. ' Ya Allah!!Tak kan la time nie jugak ko nak buat hal' aku hanya berkata didalam hati. Dengan muka selamba dan macam tak ada apa-apa aku menyeret selipar yang putus itu sampai ke tepi jalan tanpa menghiraukan orang yang memandang aku. Memang malu la tapi nak buat macam mana dah benda nak jadi. Nasib baik la dekat tempat kejadian itu ada kedai kasut.

Kisah 3

Kisah yang ketiga ini berlaku sewaktu aku baru habis kelas. Nak guna lif lambat sangat tunggu jadi aku menuruni tangga. Waktu aku sedang asyik berborak dengan kawan tiba-tiba aku rasa seperti selipar yang aku pakai tu licin dan akhirnya...Dup!!Aku tejatuh semasa menuruni 3 anak tangga yang terakhir, aku dengan tiba-tiba terjatuh secara menjunam terus pada anak tangga paling bawah. Rasa sakit jatuh tangga hanya Tuhan je la yang tahu dan terasa pening dan sakit dibahagian lutut dan dada. Disebabkan tak dapat nak tahan sakit, akhirnya aku menitiskan air mata tapi kejap je la. Nasib baik la time aku jatuh tu hanya aku berdua dengan kawan jadi tak ada la malu..huhu

Disebabkan selalu sangat jatuh, aku jadi fobia nak pakai selipar. Kalau pakai juga aku mesti rasa was-was dan akan bergerak dengan lebih berhati-hati. Gerun la nak jatuh lagi..=(

Ini sahaja kisah dan pengalaman aku dengan selipar-selipar yang buat malang pada aku..Ntah-ntah nasib aku yang malang nak salahkan selipar pulak..hehe

Apa-apa pun berhati-hatilah sewaktu berjalan dan pilihlah selipar yang selesa dan selamat dipakai..=)

Sunday, November 15, 2009

MeNaTaP mAtAmU..



Sungguh indahnya hari berlalu
Menunggu kasih tambatan hati
Ingin rasanya selalu berbagi
Bersamanya kala suatu nanti

Andainya kau jadi milikku
Selalu ku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu

Ku ingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Ku ingin dirimu turut merasa
Rasa rindu untuk menatap matamu
Menatap matamu

Bagaikan bintang nun jauh di sana
Terangi malam yang semakin gelap
Jika kau sudi menemaniku
Tak akan ku lepas walau sedetik pun


Pertama kali dengar lagu nie aku dah suka dan lagu ini membuatkan aku terkenang pada seseorang yang aku sayang dan rindui..Lagu yang menarik, mempunyai melodi yang menyenangkan dan lirik yang bagus..
Really love this song even aku tak berapa nak minat dengan Aril..Suara Aril memang sesuai dengan lagu nie..if dia dapat lagu nie time final AF7 mesti menang la..hehe

p/s teringin nak nyanyikan lagu ini untuk orang yang aku sayang..huhu

Saturday, November 14, 2009

WaHai WaNiTa...

Wanita muslimah tidak boleh mencontohi perilaku atau penampilan wanita-wanita kafir dan fasik, atau menyerupai kaum lelaki. Dalam hadis diriwayatkan: "Allah melaknat kaum lelaki yang berpakaian menyerupai wanita, dan kaum wanita yang berpakaian menyerupai lelaki."

Janganlah sekali-kali melakukan sesuatu yang menyebabkan kemurkaan Allah s.w.t. Jauhilah apa yang dilarang dalam hadis-haids Nabi s.a.w. Antara lain seperti menyerupai lelaki, berduaan dengan lelaki yang bukan muhrim, berpergian bersama lelaki yang bukan muhrim, membuang rasa malu, melepaskan jilbab dan melupakan Allah.

Perkara-perkara seperti itu merupakan sebahagian dari perbuatan tercela yang membuat hati menjadi beku, dada menjadi sempit dan kegelapan di dunia dan akhirat. Bagaimanapun, hal inilah yang sering berlaku dikalangan wanita-wanita muslimat hari ini, kecuali mereka yang dekat dengan pemeliharaan Allah. Jadi renungkanlah...

Berfikirlah secara fositif nescaya anda akan menjadi wanita yang cantik..

Oh Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa dan kesalahan kami dalam mengambil sikap terhadap sesuatu..
Bookmark and Share

SeKsi...!! SeKsa Aku MeLiHaTnYa...Huhuhu..


'Fuyooo..!! seksi siot minah tu..' ayat sebegini yang selalu terkeluar dari mulut lelaki andai terlihat perempuan yang seksi and berpakaian terdedah sana-sini. Lelaki if padang gurl seksi memang suka sangat la sampai terbeliak biji mata tu pandang dan ada gak yang pandang berkali-kali. Fuh.!! dasyat betul penangan perempuan yang seksi nie.

Aku bukanlah tak puas hati pada mana-mana pihak. Tapi cuma nak kongsi apa yang aku rasa bila melihat perempuan yang berpakaian seksi ini. Terkadang aku hairan juga tengok mereka berpakaian macam tak cukup kain tu. Aku tak kisah dan hairan jika bangsa lain berpakaian sebegitu tapi yang peliknya adalah bangsa melayu kita sendiri yang beragama islam.

Eee..!! aku tak berkenan la mereka ini buat free show tayang badan. Pakai pakaian yang terdedah sana-sini sampai menampakkan anggota badan yang tak sepatutnya diperlihatkan. Manakah perginya perasaan malu mereka sebagai wanita islam.?? Sedih aku melihat kaum aku sebegitu.

Apa agaknya motif mereka berpakaian seksi.? konon la if tak berpakaian seksi tak up-to-date, tak rock la dan ketinggalan zaman la. Memang tak dapat disangkal lagi if mereka yang seksi ini mudah didekati kaum lelaki. Sebagai seorang wanita, aku nasihatkan berhati-hatilah takut korang masuk kat dalam mulut sang buaya je.

Janganlah kamu menjadi seperti perempuan di negara kafir, suka mempamerkan kecantikannya, jahil, naif, suka mempamerkan pakaian bagai barang jualan, tanpa maruah, tanpa kemuliaan, dan kehilangan nilai agama.

p/s Tak tau la nak jadi apa..huhu..
Bookmark and Share

Friday, November 13, 2009

cAnTiK HaTi vS cAnTiK FiZiKaL

' Cantik..cantik..siapa yang tak mahu cantik? Di puji dan dikelilingi mereka yang mengagumi! Wow seronoknya jadi insan yang dilabel cantik! Serasa dunia ini kepunyaannya!

Sejauh manakah cantik itu menjadi ukuran? Adakah pada paras rupa atau budi bahasa yang dipertaruhkan?

Banyak definasi cantik yang boleh diutarakan disini. Setiap orang mempunyai definasi cantik yang tersendiri. Bagi aku definasi cantik yang sebenarnya ialah cantik pada hati dan cantik juga pada luarannya. Kedua-duanya sama penting tapi andai luaran saja menjadi taruhan tidak pada hati budi, kecantikan itu tidak akan berkekalan kerana kecantikan rupa akan hilang diluput zaman tapi cantik hati akan kekal selamanya.

Cantik adalah suatu kelebihan yang diidamkan setiap orang. Namun kecantikan itu akan lebih terserlah jika seseorang itu cantik pada hatinya. Ada perumpamaan yang boleh mengambarkan situasi cantik hati dan cantik fizikal ini.

Perumpamaan pertama "Orang kata dari mata turunnya kehati" kerana dengan rupa yang cantik itu yang telah menambat hati sang arjuna dan sang gadis. Perumpamaan kedua pula "Tak kenal maka tak cinta" dengan mengenali kebaikkan peribadi dan diri orang tersebut yang telah membuatkan hati tertawan padanya.

Jadi cantik paras rupa atau peribadi menjadi pilihan kamu?

Bohong andai kita tidak tertarik pada kecantikan luaran seseorang kerana aku tidak menyangkal dengan pandangan cinta pertama adalah kerana kecantikan seseorang itu. Tapi janganlah kita tunduk pada nafsu semata-mata dan janganlah terus melabel orang yang cantik itu akan cantik budi bahasanya juga. Jadi kenalilah dan selami hati budi jejaka atau gadis yang kamu ingin dekati itu dulu.

Cantik bukan sekadar dinilai dari paras rupa tetapi juga sikap dan tingkah laku empunya diri. Namun masih ada yang memandang kecantikkan luaran daripada kecantikan dalaman dalam membuat pilihan. Kenapa agaknya?

Malu agaknya jika buah hati tak berapa nak cantik. Kenapa perlu malu? Malu sebab tidak mahu kawan-kawan ejek dan menjadi sindiran mereka. Kiranya rupa paras yang cantik itu hanya untuk ditunjuk-tunjuk biar tak malu nak tayang buah hati dengan kawan-kawan.

Tapi jangan!! Jangan terlalu memandang pada fizikal semata-mata. Andai hati budi dan tingkah laku pasangan kamu "zero" kamu juga yang akan susah. Jadi pandai-pandailah dalam membuat pilihan jangan sampai salah membuat pilihan kerana mata kamu telah dibutakan dengan kecantikan.

p/s Kekasih idaman aku mestilah seorang yg baik hatinya, beriman, bijak dan sedap mata memandang..^_^..tapi tak muncul lagi..huhu

Bookmark and Share





RaMaLaN JoDoH










p/s hanya suka-suka..=) you all boleh la test power kat sini..hehe

Janganlah terlalu mempercayainya kerana Allah s.w.t lebih mengetahui dan menentukan segala yang berlaku di muka bumi-NYA ini.
Bertawakal dan berdoalah semoga kamu diberikan jodoh dengan orang yang kamu cintai..
Bookmark and Share

glitter-graphics.com

Perwatakan Mengikut hari lahir.


1. Hari Isnin

Tidak kedekut, ikhlas hati dalam memberi, tidak boleh menyimpan duit, pembela kebenaran, mudah tersinggung dan tidak pandai bicara.

2. Hari Selasa
Mudah terpengaruh, tidak mempunyai pendirian tetap, mudah marah, tidak sabar dan selalu inginkan kemenangan.

3. Hari Rabu
Pendiam namun kalau sudah berkata tidak percaya, tidak suka mencampuri urusan orang lain, baik hati, suka menolong dan murah rezeki.

4. Hari Kamis
Pendirian tidak tetap, suka dipuji, mudah emosi, mudah terpengaruh oleh rayuan halus dan tidak sabar.

5. Hari Jumat
Disukai ramai orang, kuat mental, suka menolong, suka memberi nasihat yang baik dan suka mempelajari ilmu pengetahuan

6. Hari Sabtu
Rajin bekerja, rajin dan pandai mencari rezeki, ditakuti ramai orang, pandai membawa diri dan menyelesaikan apa yang menjadi tanggung jawabnya dengan baik.

7. Hari Minggu
Pandai bergaul, disukai e\ramai orang, berjiwa besar, suka merendahkan diri, pandai berbicara dan dapat mengatasi masalah yang dihadapiya dengan baik.


p/s Aku lahir hari rabu..^_^

Bookmark and Share
CLiCK iKLaN DiSiNi SaNgAt BeSt..!!

Chat Zone

...My melody...


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

...Visitor...

...Since 14 March 2010... free counters